» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Kisah Cicak Yang Malang - Siri 3: Masa untuk membalas dendam





ARGH! Geram sungguh rasanya! Takkan aku biarkan perkara lalu menghalang ku dari mencapai misi utama mencari makanan dan hidup tenteram di sini.

Nasib baik terdapat beberapa sisa serangga mati di sekitar lampu di sini. Dapatlah aku mengalas perut sebelum menjalankan aktiviti harian ku. Rasanya ada sesuatu yang aneh sedang berlaku di rumah ini. Tidak pernah hidup ku malang sebegini.

Sudah tiba masanya untuk membalas dendam! Mungkin rumah ini dan penghuni menganggap dirinya cukup besar dan pandai, tetapi aku yang kecil ini sudah tentu lebih cerdik! Tunggu saja waktu malam, akan ku gunakan senjata istimewa ku ...Ha Ha Ha!

Hmmm..dari pandangan atas ini, nampaknya semua penghuni rumah ini dalam keadaan tenang, diam dan terbaring. Inilah masa untuk misi bermula....! Cubaan pertama.... “Tsk Tsk Tsk Tsk” ... hmm...tiada reaksi.....nyenyak sungguh mereka tidur...tentu kerana keadaan rumah yang begitu selesa. Siapa di antara mereka inikah yang menyusahkan hidup ku selama ini?!



Mungkinkah aku terlalu jauh dari mereka? Baik aku bergerak lebih dekat...oh, aku tahu, mungkin kerana mereka terlalu letih setelah hampir sebulan mereka berjaga sehingga pagi menonton perlawanan bola di kaca TV...aduh...perut ku asyik terasa tidak selesa....Cubaan kedua... “Tsk! Tsk! Tsk! Tsk!” ... Mengapa mereka masih tidak bergerak lagi? Aku dapat merasakan senjata rahsia hitam putih ku yang akan mendatangkan hasil yang ku inginkan.... semakin aku menghampiri semakin tepat sasaran senjata ini. Aku harus tunggu untuk masa yang terbaik untuk melepaskannya.

Bagus! Perutku sudah bersedia. Misi hitam putih sedia untuk dilancar !! Takkan tenang lagi hidupmu wahai para penghuni sementara aku masih di sini ! Sedia....tiga, dua...boom! Digabung pula dengan Tsk!!! Tsk!!! Tsk!!! Tsk!!!” ..Tssk !!!!!! Walaupun taktik ini selalunya ku guna hanya untuk melawan cicak jantan dan menakutkan pihak lawan, kali ini taktik ini berguna untuk melawan manusia! Resah jadinya manusia itu rupanya!!! Semakin puas rasa hati ku!

Misi seterusnya...turun dinding dengan kebolehan ku mendakap setiap permukaan walaupun seorang lelaki seberat 250 paun !! Dakapan istimewa ku yang membolehkan aku turun dan naik mana-mana dan menyenangkan aku melepaskan senjata rahsiaku di mana-mana sahaja!

Permukaan gelas, dinding dan apa sahaja perabot boleh ku lompat, panjat dan lepaskan senjata sesuka hati ku! Turun...naik...turun naik...!Ke atas dan ke bawah ! Boom ! Boom ! Boom! Hahahahha !!! Takkan tidur nyenyak manusia ini malam ini! Dengan peninggalan senjata rahsia hitam putih ku di merata-rata tempat, manusia akan sedar siapa aku sebenarnya!

Hari yang semakin pagi dan cerah memanggil-manggil ku ke cahaya mentari di tingkap dapur. Aku yang telah kepenatan berperang semalaman menuju ke sana dengan harapan untuk mengembalikan tenaga dengan sarapan yang berkhasiat.

Haruman sarapan pagi yang tersedia di atas meja makan melajukan lagi perjalanan ku. Semakin ku hampiri, badan ku yang telah berperang semalaman masih ingin melepaskan satu das terakhir.....Baik gunakan peluang ini sebaiknya.....BOOM ! tembakan terus ke dalam cawan berserta air teh tarik ! WAH !! cantik sungguh! Padan muka mereka. Biar mereka tahu, aku bukan haiwan sembarangan walaupun aku kecil tetapi aku masih boleh bertanding dengan mereka.

Sekarang perut ku semakin lapang dan makanan sedia menanti di sana. Beberapa lagi langkah dan kenyanglah perut ku ini....Wohhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Mengapa aku pula yang jatuh tergelincir seperti das tembakan tu tadi?!?!!! Terus ke bawah?!! Apa yang terjadi?!

* Kisah bersiri kehidupan cicak yang malang ini dibawa kepada anda oleh Ridsect Lizard Repellent. Bagi memastikan rumah anda bebas dari cicak yang menganggap dirinya sebijak ini, atasinya dengan penggunaan semburan penghalau cicak yang tidak mengandungi bahan toksik.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker