» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Kisah Cicak Yang Malang - Siri 2: Rumahku, syurgaku diceroboh!





WALAUPUN sudah jatuh dari tepi dinding ke atas meja tempoh hari, tiada apa yang kurisau, aku kini selamat di kawasan darat yang kering yang lebih aku gemari.

Dengan kebijaksanaan dan keadaan bergetah semula jadi diri yang membolehkan aku mengatasi kesakitan, kini aku berasa lebih bertenaga.

Nasib malang ketika mencari makanan minggu lalu tidak mematahkan badan atau semangatku malah aku sudah memulakan azam baru untuk meneroka kawasan lain rumah ini dengan berjalan-jalan dan menjelajah kawasan sekitar dinding, siling dan tepian perabot dalam pencarianku untuk mendapatkan makanan seharian.

Dari pandangan bawah tepi lubang almari, rumah ini seperti bergunung-ganang dengan kerusi dan bantal mewah yang dihias mengikut warna.



Inilah hari untukku memberanikan diri dan meneroka kawasan baru. Semakin aku berjalan di atas gunung-ganang ini, semakin selesa dan lembut permukaannya.

Isshh...perutku kini mula berbunyi kelaparan, aku kena tekun mencari makanan untuk terus hidup. Tapak tangan dan kakiku menjadikan diriku sungguh istimewa.

Ia mengandungi sebanyak 500,000 rerambut pada setiap tapak yang memberikan aku kebolehan untuk mendakap serta menyenangkan pergerakan ke mana saja, gunung-ganang, permukaan keras ataupun licin, malah pergerakan secara mendatar dan menegak.

Pergerakanku yang sangat senyap sememangnya sukar dikesan. Pengembaraanku diteruskan dengan lancar dan aman sekali, menikmati kawasan tidak rata yang sunyi. Aku terus membuka mata serta deria bagi mengesan kehadiran makanan.

Secantik-cantik kawasan bergunung-ganang berwarna-warni ini, makanan yang dicari tidak kelihatan di mana-mana. Sungguh mengecewakan!

Ikutkan hati, lebih baik turun dari kerusi besar ini dan terus ke lubang ke bahagian tepi dinding di bawah sana. Nampak seperti ada satu bakul sampah besar di situ. Mungkinkah ada makanan dalam bakul sampah itu?

Sungguh tepat jangkaanku. Sungguh bijak. Bakul sampah berisi pelbagai makanan berkhasiat! Ada lalat yang kelihatan baru jatuh dan hampir mati, gembira sungguh perutku!

Pengiraan deriaku mengatakan bahawa aku boleh sampai ke bakul sampah itu dengan hanya satu lompatan. Bersedia untuk lompat. Satu, sedia, eh?!

Apa serbuk putih ini? Alamak!! Mengapa tapak kakiku tidak melekit? Arrrrhhh!!! Tak mungkin aku terjatuh sekali lagi! Aduhai, sakitnya badanku. Mengapa akhir-akhir ini, nasibku semakin malang?

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker