» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Gaya kedesaan Inggeris

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

MENGGEMARI perabot atau elemen yang berunsur Inggeris adalah antara seni yang dapat mencetuskan gaya tersendiri.
Suntikan gaya keinggerisan atau unsur kedesaannya (country) ditandakan dengan latar putih selain unsur bunga mawar bagaikan kemestian yang ada dalam penataan gayanya.

MENGGEMARI perabot atau elemen yang berunsur Inggeris adalah antara seni yang dapat mencetuskan gaya tersendiri.

Suntikan gaya keinggerisan atau unsur kedesaannya (country) ditandakan dengan latar putih selain unsur bunga mawar bagaikan kemestian yang ada dalam penataan gayanya.

Menurut Pengarah Urusan H & A Craft di Pusat Bandar Seri Gombak, Batu Caves, Selangor, Halina Talib, bukan semua orang mampu mengadakan gaya itu di rumah mereka.

Beliau berkata, seseorang itu boleh memanfaatkan hanya satu bilik untuk menampilkan gaya keinggerisan yang menjadi minat seseorang.



“Bagi yang fanatik, sudut tertentu tidak kelihatan cantik jika tidak disuntik dengan elemen diingini.

“Contohnya, kertas dinding juga perlu warna putih dan nampak keinggerisan, lampu tidur yang rambu-ramba pun mahu gaya sedemikian.

“Begitu juga dengan langsir, pinggan hinggalah barang hiasan,” katanya.

Halina mengakui aliran terkini menyaksikan unsur kotak untuk menyimpan barang kemas turut mengembangkan aliran itu.

“Kotak tisu dan bingkai gambar juga turut ada suntikan begitu. Semua itu memberi ilham kepada peminat gaya Inggeris untuk menjadikan seni hiasan di ruang rumahnya sesuatu yang menarik dan indah dipandang lagi eksklusif.

“Jika bahan-bahan itu menarik ditambah pula hiasan yang kena dengan gaya dekorasi yang dipilih, pastinya ia kelihatan lebih berseri,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker