» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Tanya Pakar » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab

Anda Musykil, Dr.Mashitah Jawab ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

PEMBACA yang ragu-ragu dan ingin bertanya mengenai perkara berkaitan agama boleh menulis kepada:

Pengelola Mimbar, Metro Ahad, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
E-mel: mimbar@hmetro.com.my

Curiga status pelaburan


SAYA melabur dalam sebuah syarikat berasaskan pertanian sebanyak RM10,000. Pihak syarikat berjanji akan memberi dividen sebanyak 30 peratus setiap bulan secara tetap selama 10 tahun. Saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan.

Saya hanya orang luar dan tidak terbabit langsung dalam urusan dan operasi syarikat itu, sama ada ia rugi atau untung banyak. Saya ingin tahu, adalah pelaburan yang begini dikira haram kerana tidak dikira berkongsi untung rugi bersama, walaupun dipersetujui kedua-dua pihak.


ABDULLAH
Gelang Patah



Islam menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba. Dalam setiap perniagaan atau pelaburan pasti ada risiko dan tiada jaminan untung tetap sepanjang masa, apalagi dalam perniagaan pertanian.

Jika jumlah keuntungan dipastikan sejak awal, ia bertentangan dengan konsep perniagaan.

Menurut Pengerusi panel kajian syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pelaburan yang menawarkan keuntungan secara tetap tidak mematuhi syarat syariah.

Saya bimbang pelaburan yang mempunyai unsur pemberi modal terus terjamin mempunyai elemen riba. Dalam mudharabah atau musyarakah, kedua-dua pihak harus berkongsi untung rugi.

Sebaik-baiknya sekarang tuan pastikan syarikat yang diletakkan duit pelaburan ini sudah disemak dan disahkan Panel Penasihat Syariah.

Ia sangat penting bagi menentukan sama ada syarikat itu menjalankan aktiviti menurut nilai Islam atau tidak.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker