» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Tanya Pakar » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab

Anda Musykil, Dr.Mashitah Jawab ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

PEMBACA yang ragu-ragu dan ingin bertanya mengenai perkara berkaitan agama boleh menulis kepada:

Pengelola Mimbar, Metro Ahad, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
E-mel: mimbar@hmetro.com.my

Terima SMS berantai


BARU-BARU ini saya menerima SMS yang memberitahu kononnya pendakwah terkenal berkata planet marikh iaitu planet paling dekat dengan bumi, mengalami pusingan terbalik pada September lalu.

Jadi planet yang berhampiran seperti bumi juga akan mengalami kejadian sama.


Berikutan itu, akan berlaku kejadian matahari terbit dari barat, yang juga antara tanda besar kiamat lalu pintu taubat akan tertutup.

Katanya, astronomi bumi hanya menunggu masa ia berlaku. SMS berkenaan juga menyuruh saya menghantarkannya kepada kawan lain supaya sentiasa menjaga solat kerana bumi kita menuju ke arah yang diceritakan tadi.

Sejauh mana pendapat ini benar? Adakah memang perlu saya menyebarkan SMS berkenaan dengan tujuan saling mengingati.

Tidakkah ia nanti dikira sebagai SMS berantai yang hanya cuba menakutkan orang lain walaupun niat kita baik?

NNUR
Kapar, Selangor



Jika menerima apa-apa berita, wajib bagi seseorang mengesahkan terlebih dulu sebelum memanjangkan pada orang lain.

Ini suruhan Islam supaya kita tidak tergolong orang tersilap perhitungan.

Elok saudari sahkan dulu maklumat ini dengan kementerian berwajib.

Memang benar petanda kiamat ialah matahari terbit dari barat, tapi bila akan berlaku tiada siapa tahu. Menjaga solat memang menjadi tuntutan.

Ingat mengingati mengenai kewajipan solat memang digalakkan, tetapi bukan dengan cara menghantar SMS berantai seperti yang dinyatakan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker