>Tiada kompromi dalam soal kualiti
TIGA BELAS tahun dalam bidang pembekalan, penye lenggaraan dan pembaikan barangan pejabat membuktikan syarikat milik Addy bukan calang-calang.
Jika mahu peralatan pejabat, PCM Office Product Sdn Bhd mampu menawarkan apa saja peralatan pejabat serta me nawarkannya dengan harga berpatutan dan mampu dimiliki semua golongan pelanggan.
Tiada kompromi dalam soal kualiti kerana syarikat ber kenaan hanya menjanjikan yang terbaik untuk pelanggan nya.
Malah, bagi syarikat berkenaan, mereka menghargai pe langgan apabila memegang prinsip ‘tanpa pelanggan, siapalah mereka’.
Daripada segi perkhidmatan penyelenggaraan dan pem baikan peralatan, PCM Office Services Sdn Bhd memiliki kepakaran, kakitangan dan alat ganti mencukupi untuk pelanggannya.
Addy berkata, sebut apa saja peralatan pejabat yang mahu diselenggara dan dibaiki, syarikatnya mampu melakukannya pada bila-bila masa.
“Mungkin saya lebih dikenali sebagai pakar mesin perakam waktu, tetapi hakikatnya syarikat saya menawarkan lebih daripada itu.
“Daripada barangan kecil hinggalah paling besar, kami mampu menyelenggara dan membaikinya,” katanya.
Menurut Addy, pihaknya kini turut memberi tumpuan kepada sistem penyelenggaraan berkala kepada pemilik per alatan pejabat.
“Kami akan turun padang di beberapa lokasi untuk tempoh tertentu. Kami periksa peralatan pejabat yang digunakan dan memberi beberapa syor kepada pemilik.
“Jika peralatan seperti mesin tertentu ada masalah, kami akan memberi penerangan mengenainya. Jika mahu kami menyelenggara dan membaikinya, kami akan lakukan,” ka tanya.
Addy berkata, penggunaan sistem berkenaan memberi banyak kelebihan kepada pelanggannya.
“Peralatan yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik dan turut membantu pelanggan mengurangkan kos penyeleng garaan atau pembaikan,” katanya yang boleh dihubungi menerusi e-mel addy@pcmasa.com.my.
|
|