» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Planet: Seni bahaya






DALAM keadaan dirinya bergayut di luar sebuah bangunan tinggi, lelaki berkenaan dilihat pasti jatuh dan mati. Namun ia tidak mungkin terjadi kerana ia dilakukan bukan untuk membunuh diri, tetapi satu persembahan seni yang ada kelainan berbanding seni lain.

Artis China ini menghasilkan beberapa siri potret diri yang mengejutkan, termasuk menunjukkan mukanya pada cermin di tempat awam dan gambar dirinya merempuh tembok serta jalan raya.


Kerjanya adalah gabungan seni persembahan dengan fotografi yang menghasilkan ilusi yang sering mempamerkan keadaan berbahaya.

Dengan melakukan persembahan menggerunkan untuk menyampaikan perasaan mengenai kehilangan graviti, Li Wei berjaya membawa hasil kerjanya ke seluruh dunia.

“Bahasa artistik saya adalah sejagat dan ia berkait dengan tema mengenai politik dan masyarakat kontemporari dengan menggunakan simbol yang difahami setiap orang di dunia.

“Saya kagum dengan bahagian seni yang tidak stabil dan berbahaya serta berharap hasil kerja saya menggambarkan aspek ini,” kata artis berusia 37 tahun itu yang berasal dari Beijing.

Gambar rakaman Wei, yang harganya mencecah hingga RM25,600, memperlihatkan dia seolah-olah terjun secara bebas dari bangunan tinggi — serupa dengan gambar terkenal oleh artis Perancis, Yves Kline yang mencampakkan dirinya keluar menerusi tingkap.

Seniman itu gembira melihat reaksi orang ramai terhadap hasil seninya.

Katanya: “Reaksi pertama ialah perasaan terkejut. Ada orang menganggap hasil seni saya penuh dengan jenaka.

“Mereka tertanya-tanya bagaimana saya melakukannya.

“Kadangkala saya dalam bahaya — saya terpaksa menggantung diri di tempat tinggi dengan wayar keluli. Ada orang berasa bimbang terhadap diri saya. Namun, sebenarnya, saya dalam keadaan selamat.”

Li Wei melihat hasil seninya memenuhi wawasan, baik untuk mendapatkan gambar terbaik dan juga persembahan terbaik.

“Setiap gambar ada kaitan dengan persembahan. Bagi saya, paling penting ialah cara saya meluahkan hati dan proses untuk melakukannya,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker