» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Perkahwinan eksklusif Ivana Trump





IA adalah majlis perkahwinan impian Ivana Trump — 50 tetamu, penukaran pelbagai fesyen pakaian, orkestra dari Paris, kek perkahwinan setinggi empat meter yang diimport dan pengantin lelaki yang kacak.

IA adalah majlis perkahwinan impian Ivana Trump — 50 tetamu, penukaran pelbagai fesyen pakaian, orkestra dari Paris, kek perkahwinan setinggi empat meter yang diimport dan pengantin lelaki yang kacak.

Majlis selama tiga hari itu yang menelan belanja RM9.7 juta dilangsungkan sepenuhnya di Mar-a-Lago, estet luas milik bekas suaminya, Donald Trump, di Palm Beach, Florida.


Sejak awal lagi, Ivana, 59, penulis yang juga ahli perniagaan, tidak mahu majlis perkahwinannya yang keempat itu dengan model, penari dan pelakon warga Itali, Rossano Rubicondi, 36, mempunyai sedikitpun kecacatan.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah aktor veteran, George Hamilton, pemilik rangkaian hotel Hilton, Rick dan Kathy, pelakon, Brigitte Nielsen, ibu P Diddy, Janice dan beberapa anggota kerabat diraja, termasuk puteri Kuwait, Itali dan India serta anggota aristokrat.

Bilionair, Donald Trump tidak menolak permintaan bekas isterinya untuk melangsungkan majlis perkahwinan di estetnya kerana ia turut membabitkan anak mereka.

Ivana bertunang dengan Rubicondi akhir tahun lalu selepas enam tahun bercinta.

Tetamu lelaki disyaratkan mengenakan pakaian serba putih, sementara wanita berwarna warni tetapi tidak kuning atau merah jambu kerana kedua-dua warna itu dikhaskan untuk pengantin perempuan.

Majlis berkenaan juga menyerlahkan hubungan rapat keluarga Trump.

Pengantin perempuan diserahkan kepada pengantin lelaki oleh dua anak Ivana dengan Donald — Donald Jr, 30, dan Eric, 24, sementara anak perempuan bekas pasangan itu, Ivanka menjadi pengiring kehormat.

Bekas kakak ipar Ivana, Maryanne Trump Barry, turut memainkan fungsi penting sepanjang majlis.

Tidak hairan mengapa Ivana masih kekal menggunakan nama Trump pada hujung namanya.

Tetamu yang hadir pada majlis yang bermula awal malam ditempatkan di sekeliling kolam mandi dengan dihiburkan muzik persembahan orkestra yang didatangkan khas dari Paris.

Dengan diiringi oleh 25 pengiring, semuanya rakan lama dalam beberapa fasa kehidupannya, Ivana muncul dengan pakaian pengantin yang diperbuat daripada sutera berwarna ros, gubahan Zuhair Murad, pereka fesyen dari Lubnan.

Ivana berjalan menuju ke pentas dengan diiringi lagu Unchained Melody.

Di pentas, Rubicondi sedia menanti. Perkahwinan mereka dilangsungkan dengan pasangan itu bertukar lafaz janji setia sebelum bertukar cincin.

Ibu Ivana, Maria Zelnickova kelihatan terharu sepanjang majlis itu.

Turut kelihatan ialah Donald yang baru saja tiba dari Las Vegas kerana menghadiri pertandingan Ratu Amerika Syarikat.

Bintang siri Apprentice itu yang bercerai dengan Ivana hampir 20 tahun lalu, mengucapkan tahniah kepada pengantin lelaki dengan memberitahunya, dia bertuah kerana memilih Ivana sebagai isteri.

Sementara itu, beberapa helikopter dilihat terbang rendah di ruang angkasa kawasan majlis perkahwinan dengan harapan untuk merakam serba sedikit acara itu.

Ia tidak boleh dielakkan dalam setiap majlis berprofil tinggi, sama seperti khabar angin yang meniup kencang menjelang hari perkahwinan berkenaan, termasuk kisah mengenai pertengkaran sengit antara Ivana dengan Rubicondi hingga dikatakan hampir menyebabkan majlis itu dibatalkan.

Sebulan sebelum itu, media melaporkan, polis dipanggil ke kediaman Ivana apabila pergaduhan serius berlaku antaranya dengan Rubicondi.

Ada juga laporan mendakwa pengantin lelaki tidak mahu menandatangani perjanjian sebelum berkahwin dan apabila dia tidak muncul dalam dua raptai untuk hari perkahwinan, khabar angin bertiup kencang menyatakan majlis itu mungkin dibatalkan.

Rubicondi bagaimanapun berkata, tidak ada masalah antara dia dengan Ivana dan mendakwa dia terlalu keletihan menjelang hari perkahwinan itu kerana terpaksa menghadiri terlalu banyak jamuan.

Pada satu majlis yang diadakan sehari sebelum hari perkahwinan itu, pasangan itu kelihatan sudah berjaya menyelesaikan sengketa mereka.

Dalam pada itu, pada hari perkahwinan mereka, Ivana pantas menyalin pakaian baru selepas acara ikrar perkahwinan.

Dengan mengenakan persalinan merah jambu, dia tidak menunggu lama untuk turun ke dewan tarian sementara Donald berkongsi meja dengan tiga anaknya dan ibu Ivana.

Don Jr, ketika berucap mewakili adiknya yang lain, mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Ucapannya juga penuh dengan jenaka yang ditujukan kepada bapa tiri barunya, Rubicondi.

“Ivana ialah ibu dan wanita yang baik. Dia juga mempunyai cucu. Anda mesti melayannya dengan baik,” kata Don Jr.

Rubicondi yang serba boleh turut menyanyi pada malam itu. Begitu juga dengan beberapa tetamu dan penghibur yang hadir, termasuk Neil Sedaka.

Selepas menikmati pelbagai jamuan, tiba masa untuk menari dan majlis itu berlarutan hingga jam 2 pagi.

Keesokannya, Ivana dan Rubicondi kekal di Palm Beach, mengawasi sendiri pengagihan kek perkahwinan mereka seberat 275 kilogram kepada sebuah hospital tempatan, bersama-sama dengan 10,000 bunga ros.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker