» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi An-Nur: Haram cetak rompak

Bersama Zaharuddin Abd Rahman




RAMAI tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak. Ramai juga mengajukan persoalan berkenaan salinan fotostat sebuah buku penuh atau beberapa helai, sedangkan termaktub jelas di halaman awal buku berkenaan ‘Hakcipta Terpelihara’ serta ‘Tidak Dibenar Ulang Cetak’ dan lain-lain tanpa kebenaran bertulis penerbit atau yang seumpamanya.

Namun yang kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka.


Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya.

Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini? Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara? Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut:

“Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak. Saya tahu tindakan saya salah, tetapi harga yang tulen terlalu mahal.

“Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.”

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya sendiri mengerti bahawa ia salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai harta persendirian yang terpelihara.

Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan dan dijual pada harga rendah.

Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia sangat jelas berdasarkan hadis Nabi SAW yang melarang umat Islam meniagakan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram. Sabda Nabi SAW bermaksud:

“Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram). (Ar-Rawdu Al-Murabba’, 2/30; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu, baginda terus berkata:

“Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya.” (riwayat al-Bukhari no 2111, 2/775; Muslim, Baihaqi)

Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti cetak rompak adalah haram daripada sudut hukum Islam.

Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi.



Dia kafir

Ada orang cuba berhujah mengatakan Bill Gates adalah kafir, jadi tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak. Ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan anda tidak memberi apa juga kesan pada kekayaannya.

Hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di Iraq).

Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka hati.

Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal.

Pendapatan hasil daripada perniagaan perisian cetak rompak antara syubhah dan haram saja, tidak lain daripada itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas (rujuk www.zaharuddin.net) atau daripada buku saya bertajuk “Wang, Anda dan Islam.”



Pengecualian

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen.

Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan pembelajarannya. Tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas:

  • ‘Hajat Mendesak’ dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya: “Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau khusus.” (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

  • Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersialkan.

  • Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang tulen.

    Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti. Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau enam buku digunakan.

    Sudah tentu pelajar tiada bajet untuk membeli buku yang mungkin tebal dengan harga tinggi.

    Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan memfotostat halaman tertentu yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

    Kembali kepada kes yang ditanyakan di atas, jika benar-benar penanya menghadapi kesukaran wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli yang tulen, ada keringanan untuk anda menggunakan produk tiruan itu dulu buat sementara waktu.

    Ketika perniagaan dapat menjana keuntungan baik dan stabil serta tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :



    VARIASI

    Bestari

    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    deko
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker