myMetro

Wanita mampu saingi lelaki dalam perniagaan




“SAYA masih mendayung di tengah laut, belum sampai ke puncak gunung lagi. Masih banyak liku jalan yang perlu saya tempuhi,” kata Sohella.

Memiliki perniagaan alat ganti kenderaan yang diidamkan sejak remaja lagi adalah pencapaian peribadinya, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana untuk terus mengekalkan kelansungan hidup perniagaan yang ditubuhkan itu.

“Walaupun sudah menjadi ‘tauke’, kita tidak boleh goyang kaki, sebaliknya perlu berusaha lebih kuat lagi.

“Janganlah cakap saya sudah berjaya dalam bidang ini kerana sebenarnya saya masih berusaha untuk terus berjaya,” katanya merendah diri.

Menurut Sohella, setiap individu yang ingin berjaya me merlukan pengorbanan, sama ada diri sendiri mahupun mereka yang dekat dengannya iaitu keluarga.

“Saya harus bersyukur dan berterima kasih kepada so kongan suami dan keluarganya yang membolehkan saya mampu bertapak dalam bidang ini,” katanya.

Sohella juga percaya dan yakin, fungsi yang dimainkan setiap kakitangannya turut menjadi penyumbang utama kepada kelancaran perjalanan perniagaan syarikatnya. Oleh itu beliau lebih gemar melayan kakitangannya sebagai ahli keluarga berbanding pekerja.

“Adalah lebih baik kita menganggap kakitangan sebagai adik atau abang kita daripada melayan mereka sebagai pekerja kerana layanan seperti itu menjadikan syarikat ini sebagai satu keluarga.

“Sudah tentu sebagai keluarga, kita akan mempunyai keakraban dan segala masalah diselesaikan dengan cara baik. Kita boleh memarahi, menegur dan menerima pandangan mereka,” katanya.

Sohella berkata, perkara paling berguna dalam kehidupan ialah pengalaman, oleh itu sungguh malang jika seseorang itu mengulangi perbuatan atau kesilapan sama kerana tidak belajar daripada pengalaman.

Dalam pada itu, Sohella mempunyai misi untuk mem buktikan wanita kini mampu seiringan dengan lelaki dalam perniagaan yang sebelum ini hanya dimonopoli mereka.

“Wanita jangan mudah lemah dengan isu yang mengaitkan mereka lemah untuk bersaing dengan lelaki, terutama dalam perniagaan.

“Kita mesti ada keyakinan, keberanian dan dalam masa sama tahu batasan untuk berdiri sama tinggi dengan lelaki,” katanya.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad