» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Pupuk sikap membantu

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my



SEBILANGAN kanak-kanak mempamerkan sikap suka menolong sejak kecil dan prihatin terhadap orang lain seawal usia kurang dua tahun.

Sikap suka menolong, baik hati, murah hati dan peka terhadap orang lain boleh dipupuk dalam diri anak sejak kecil.


Anak mudah terikut-ikut dan mencontohi perkara yang dilakukan ibu bapa mereka. Cara paling berkesan menanam sikap suka menolong pada kanak-kanak ialah menunjukkan contoh tingkah laku murah hati, bertimbang rasa dan suka menolong kerana ibu bapa adalah cermin peribadi anak.

Sebagai permulaan, pupuk sikap suka menolong dengan meminta anak anda mengambil barang dan jika dia melakukannya, ucapkan terima kasih.

Anak kecil yang menerima penghargaan itu gembira dan setiap kali disuruh, dia segera membantu. Apabila semakin besar, melihat ibunya melakukan kerja, dia tahu apa perlu dilakukan untuk membantu meringankan kerja.

Untuk mendidik anak menjadi murah hati, ketika ingin memberi sumbangan kepada orang susah, minta anak menghulurkannya. Apabila anak terbabit secara langsung dalam memberi sumbangan, sedikit sebanyak terbit perasaan belas melihat kesusahan orang lain dan seronok kerana dapat membantu meringankan beban.

Cara itu juga melahirkan perasaan timbang rasa dan keinginan membantu orang dalam kesusahan. Ia dapat mengelak sifat mementingkan diri yang akan menyebabkan dia kurang disenangi.

Tekankan kepada anak, orang susah perlu dibantu mana yang terdaya dan kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai nasib lebih baik dan menikmati kehidupan selesa. Biasakan juga memberi buah tangan kepada jiran tetangga dan saudara-mara dan minta anak menyerahkannya.

Bantuan atau pemberian yang kita hulurkan mesti sesuai dengan kemampuan kita, disertai keikhlasan hati dan tidak seharusnya mengharapkan balasan.



TIP

BERIKUT adalah panduan mewujudkan persekitaran keluarga yang mampu melahirkan anak yang memiliki sikap terpuji ini.

  • Ajak anak membantu melakukan kerja rumah dengan cara baik dan bukan seperti memerintah. Lakukan bersama-sama dan wujudkan rasa seronok serta tanggungjawab supaya anak tidak merasa pekerjaan itu membosankan dan dilakukan kerana terpaksa.

  • Tunjukkan contoh baik dengan membantu orang kurang bernasib baik seperti golongan kurang upaya atau orang tua.

  • Wujudkan suasana keluarga yang penuh kasih sayang dan saling bantu membantu.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :



    VARIASI

    Bestari

    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    deko
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker