» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Cinta terlarang di puncak gunung

Laporan MASNI ROS PAKIR MOHAMAD
masni@hmetro.com.my



KUNJUNGAN ke Bandung, Indonesia dianggap tidak lengkap jika tidak ke Tangkuban Perahu dan ketika bas yang membawa penulis merangkak mendaki puncak kawasan tanah tinggi itu dalam kunjungan baru-baru ini, dua perkara menarik perhatian penulis.

Pertama, berasa lega serta nyaman apabila suhu sekeliling secara perlahan-lahan bertukar dingin dan kedua, terpesona melihat kawasan berbukit di kiri kanan jalan dimanfaatkan penduduk dengan tanaman menghijau yang menutupi ruang.


Di sebalik popularitinya sebagai ‘syurga beli-belah’, ramai mungkin terlupa Bandung juga sebenarnya terkenal dalam bidang pertanian.

Jika Bandung Utara, terutama daerah Lembang dan Cisarua, terkenal dengan tanaman bunga hias, di Bandung Selatan pula penduduknya menanam kentang dan strawberi serta menternak lembu susu di daerah Ciwidey dan Pangalengan.

Jalan menuju daerah selatan Bandung dipelihara berikutan ia kawasan tumpuan pelancong. Di sepanjang jalan, hamparan sawah dan pepohon rendang dilihat di kiri kanan jalan.

Suasana terasa nyaman menuju ke Tangkuban Perahu, biarpun jalannya bengkang-bengkok. Untuk naik ke puncak gunung, kami dikehendaki membayar 12,500 rupiah (RM4) dan sebaik tiba, penulis terpegun melihat keindahan Tangkuban Perahu yang menjadi lagenda penduduk di Indonesia.

Sedikit kisah di sebalik nama Tangkuban Perahu, ia dikaitkan dengan dongeng percintaan Putra Sang Kuriang dengan ibunya. Biarpun si ibu menolak cintanya, putera ini terus merayu, menyebabkan ibunya mencari helah dengan mengajak anaknya beradu membina perahu.

Jika anak menang dalam peraduan ini, ibu setuju berkahwin, namun, jika ibu menang, ibu akan menolak cinta si anak. Ketika bertanding, si ibu tanpa pengetahuan anak menterbalikkan perahu yang dibina anaknya. Lalu, anaknya tewas dan terselamatlah ibu daripada menerima cinta si anak.

Secara fizikalnya, Tangkuban Perahu adalah bekas kawah gunung berapi yang terletak di Gunung Tangkuban Perahu. Walaupun pada masa ini Gunung Tangkuban Perahu tidak aktif, ia sentiasa dipantau pihak berkuasa Indonesia.

Suasananya yang dingin sekitar 15 darjah Celsius dan bau belerang yang dapat dihidu biarpun ketika di kaki gunung, menjadi daya penarik pelancong. Di puncak itu, banyak gerai menjual pelbagai barangan perhiasan, termasuk yang diperbuat daripada larva gunung berapi.

Turut dijual ialah buah yang terlalu manis rasanya dan dikatakan rasa manis itu akan bertukar menjadi masam sebaik saja turun dari puncak berkenaan.

Selepas beberapa jam di Tangkuban Perahu, penulis bersama 14 lagi anggota rombongan Kelab Media Massa Melaka (KEMM) turun semula ke pekan Bandung untuk membeli-belah di Pasar Baru sebelum bertolak ke Bogor pada keesokan hari.

Satu yang menarik perhatian sepanjang perjalanan ke Bogor yang mengambil masa hampir tiga jam, didapati semua tempat di kawasan itu bermula dengan perkataan ‘Ci’ yang bermaksud air. Contohnya Cianjur, Cipanas dan Ciwidey.

Cianjur terkenal dengan tanaman padi berkualiti tinggi atau dikenali juga beras pandan wangi. Di Cipanas pula, banyak bangunan diperbuat daripada kayu dan ada yang berusia lebih 20 tahun, namun tarikan utama ialah kolam air panas yang dikatakan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.

Kami kemudian melalui Puncak Bogor dan melihat kebun teh. Kami hanya melihatnya dari dalam bas kerana masa terlalu singkat. Kami diberitahu, ada dua jenis teh iaitu teh hijau untuk mengubati penyakit dan teh hitam untuk dieksport.

Kemudian kami menuju ke kawasan Ciwidey, di mana sepanjang jalan itu ada banyak kebun strawberi. Ada ditanam berhektar-hektar dan ada pula menanam sekitar kawasan rumah saja. Yang menariknya, pelancong boleh memetik buah strawberi dengan harga 25,000 rupiah (RM8) untuk satu kilogram.

Untuk menguatkan misi lawatan KEMM, rombongan kami sempat ke Institut Pertanian Bogor dan diberi penerangan mengenai institut itu. Rombongan juga sempat melawat Lubang Buaya yang terletak di Monumen Pancasila Sakti yang menjadi bahan sejarah Indonesia dengan pelbagai kontroversinya.

Di Lubang Buaya atau lebih dikenali sumur maut, tujuh jasad perwira, termasuk enam berpangkat jeneral dan seorang leftenan, dikuburkan dalam sumur tua sedalam 12 meter dan berdiameter 75 sentimeter pada 1 Oktober 1965 oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).

Pada hari keempat, KEMM mengadakan perjumpaan dengan Dewan Pers Indonesia di Jakarta Media Center (JMC) dan berjumpa Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Mohd Zain di Kedutaan Besar Malaysia di Jalan Kuningan.

Selepas pertemuan hampir dua jam, kami mengunjungi Muzium Sejarah Indonesia, di mana ada sebuah penjara berukuran kira-kira 7 x 3 meter yang pernah menempatkan 100 pesalah. Kami diberitahu, pesalah diikat dengan besi dan terpaksa berdiri.

Tidak jauh dari situ, ada satu perigi di mana mereka yang melakukan kesalahan besar dimasukkan ke dalamnya dan terpaksa keluar menerusi terowong sedalam empat meter dan sepanjang 10 meter.

Rombongan kami juga sempat meninjau kawasan yang dikenali sebagai Roa Malaka, di mana jambatan berkenaan mirip dengan jambatan yang ada berhampiran bangunan Stadhuys di Melaka.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker