» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Kelas maya






DARIPADA kursus dalam talian hinggalah komputer riba mesra pengguna dan guru maya, teknologi semakin berkembang dalam kelas di institusi pendidikan Amerika Syarikat.

Dengan kemajuan itu, penggunaan buku teks, nota dan kertas semakin berkurangan.


Malah, bagi sesetengah kes, sekolah pun tidak diperlukan lagi secara fizikal.

Tanyalah Jemella Chambers, 11, yang menjadi seorang daripada 650 pelajar yang menerima komputer riba Apple Inc setiap permulaan sesi persekolahan di Boston.

Di baris kedua kelasnya, Jemella tekun menyiapkan tugasan matematik diberi guru menggunakan perisian pendudukan yang menyeronokkan.

Program pembelajaran itu disediakan seperti permainan video sehingga tidak membosankan pelajar.

“Ia memudahkan pembelajaran dan saya seperti bermain ketika belajar,” katanya mengenai persisian FASTT Math keluaran Scholastic Corp yang digunakan itu.

Pakar berpendapat, kaedah pembelajaran di Sekolah Menengah Lilla G Frederick memberi gambaran mengenai dunia pendidikan masa depan.

Tanpa buku teks, pelajar diberikan komputer riba pada permulaan persekolahan setiap hari dan memulangkannya sebelum balik.

Guru dan pelajar memiliki blog masing-masing, manakala kakitangan sekolah dan ibu bapa boleh berkomunikasi secara langsung melalui laman sembang.

Tugasan pula dihantar kepada guru melalui ‘kotak’ khas disediakan di laman web sekolah.

Tiada lagi alasan boleh diberikan untuk pelajar tidak menyiapkan tugasan.

Projek percubaan di sekolah menengah itu bermula dua tahun lalu dengan menelan belanja AS$2 juta (RM6.5 juta).

Bagaimanapun, hanya pada tahun lalu pelajar di gred tujuh dan lapan diberi komputer riba untuk menyempurnakan tugasan.

Pembelajaran menggunakan perisian percuma disediakan syarikat Google Inc seperti Google Docs atau iMovie disediakan Apple bersama perisian pendidikan khas seperti FASTT Math.

Pengetua sebuah sekolah di Dorchester, Debra Socia, berkata tiada lagi sebab mengapa pihak sekolah perlu membeli buku jika mampu membeli komputer.

“Kadangkala buku teks ‘basi’ sebelum ia dicetak,” katanya.

Kadar purata kedatangan pelajar juga meningkat kepada 94 peratus berbanding 92 peratus sejak pembelajaran maya diperkenalkan.

Masalah disiplin juga menurun 30 peratus.

Kata Debra, ibu bapa pula semakin mesra dengan pihak sekolah.

“Mana-mana keluarga boleh berhubung dengan guru secara ‘online’ bagi mendapatkan apa saja pandangan mengenai masalah anak mereka,” katanya.

Pelajar berlainan tahap juga boleh mengikuti pembelajaran dalam satu kelas, seperti dibuktikan di Sekolah Menengah Lilla G Frederick.

Pelajar yang lemah, misalnya, masih boleh berbual dan duduk bersama pelajar cemerlang walaupun mengikuti pembelajaran pada tahap berbeza.

Internet juga terbukti menjadi perangsang kepada perubahan apabila kemasukan pelajar mengikuti kelas maya mencapai jumlah sejuta tahun lalu.

Menurut Majlis Pembelajaran Online Amerika Utara, ia 22 kali lebih tinggi berbanding 2000.

Kata penulis yang juga Pengarah Pendidikan Innosight Institute, Michael Horn, itu adalah permulaan kepada sambutan lebih hebat.

Mengikut jangkaan, katanya, 50 peratus kursus di sekolah tinggi akan diajar secara maya menjelang 2013 berbanding hanya satu peratus kini.

Syarikat penyedia perkhidmatan pendidikan dan kurikulum di 17 negeri AS, K12, pula mendapati penyertaan pelajar meningkat 57 peratus berbanding 41,000 pada tahun lalu. — Reuters

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker