» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Penjelasan sebelum hukum

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my



JIKA marahkan anak, pelbagai cara dilakukan ibu bapa untuk menghukum, sama ada merotan, pulas telinga, cubit, memukul dengan tali pinggang atau penyangkut baju.

Seorang kenalan memberitahu, penyangkut baju di rumahnya sering rosak dan terpaksa dibeli baru kerana digunakan untuk memukul anak.


Belum habis dia bercerita, penulis bertanya, kuat sangatkah dia memukul hinggakan penyangkut baju rosak.

Katanya, pukul anak perlahan saja sebagai pengajaran, tetapi dia asyik memukul lantai atau dinding dengan kuat untuk melepas geram sambil melibas penyangkut baju itu untuk menggertak anaknya.

Jika anaknya melakukan kesalahan atau mengundang kemarahannya, anaknya takut apabila dia mencapai penyangkut baju kerana tahu tindakannya.

Hukuman sebagai cara mendisiplinkan anak ada kesan baik dan buruknya. Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, sebelum menghukum anak, sebaik-baiknya mereka diberi peringatan terlebih dulu.

Sebilangan ibu bapa berpendapat, sikap tegas terhadap anak mendatangkan kebaikan. Tindakan memukul anak dilakukan untuk memberi pengajaran supaya anak tidak mengulangi perbuatan negatif.

Apapun, bahaya menggunakan kekerasan dalam mendidik anak ialah ia menyebabkan anak hilang semangat, berjiwa sempit, malas dan cenderung untuk berbohong bagi mengelak dipukul.

Memukul sebagai cara mendidik boleh mendatangkan kesan buruk dan tidak mendatangkan faedah, sebaliknya menyebabkan anak bodoh dan semakin nakal.

Anak yang sering dipukul menjadi kuat memberontak dan jika lali dipukul, mungkin juga dia lali dan tidak takut menerima hukuman akibat perbuatan nakalnya.

Dalam Islam, kaedah memukul anak ialah pukulan dilakukan sebelum anak berusia 10 tahun kerana tidak menunaikan solat dan pukulan yang tidak memudaratkan atau menyakitkan tubuhnya.

Memukul anak hanya dibolehkan untuk memberi pengajaran, bukan menghukum atau melepaskan geram.

Pukulan juga tidak sampai mengenai daging tetapi kulitnya saja. Elak menggunakan rotan terlalu keras dan hindari memukul di wajah atau kepala, tetapi pukul di paha dan punggung saja.

Walaupun melakukan kesilapan, anak perlu diberi peluang untuk memperbaiki diri sebelum dihukum. Ibu bapa juga tidak harus memukul anak terbabit di depan orang lain kerana tindakan itu memalukan dirinya.

Elak memukul anak kecuali tiada cara lain yang sesuai. Jika hukuman dilakukan bukan atas dasar kasih sayang, anak berasa dizalimi dan menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap orang tuanya.

Antara kesan baik hukuman sebagai kaedah mendidik ialah ia boleh menghentikan sikap buruk anak dan mereka ingat supaya tidak melakukan kesalahan sama dan merasa serik dipukul.

Ibu bapa perlu menerangkan mengapa anak dihukum, bukan seperti kelaziman iaitu memukul dulu, kemudian memberitahu kesalahan anak.

Menasihati anak dengan lembut lebih mudah diterima berbanding cara mendidik yang terlalu tegas.

Ini kerana dikhuatiri anak hanya menunjuk baik di depan orang tuanya kerana takut dihukum atau dimarahi, tetapi nakal apabila ibu bapanya tiada ketika itu.



Tip

  • Memukul bukan untuk menyakiti anak, tetapi sebagai peringatan

  • Elak memukul di wajah atau kepala, sebaliknya pukul di paha atau punggung

  • Memperbaiki diri sebelum menghukum

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :



    VARIASI

    Ad-Din

    lagi
    it@Metro
    lagi
    lagi
    lagi
    lagi
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker