» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Pedoman: Hadis sahih






MINGGU lalu kita mendapat gambaran kasar mengenai maksud hadis. Seterusnya kita lihat persoalan asal isu yang dibincangkan sebelum ini iaitu ‘apakah maksud hadis sahih?’

Hadis boleh dibahagikan kepada 13 bahagian, antaranya Hadis Mutawatir. Hadis ini membawa maksud hadis yang sampai kepada sebilangan orang (mutawatir) yang secara logiknya tidak mungkin berpakat untuk berdusta. Hadis itu disampaikan pula kepada orang lain yang dipercayai.


Hadis Masyhur atau Mustafidh ialah hadis yang diriwayat daripada sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan penyampaian hadis) atau tiga orang, kepada tiga orang lagi atau lebih.

Hadis Sahih ialah hadis yang sanadnya tidak terputus, di mana perawi (orang yang meriwayatkan hadis) mesti ada empat sifat khusus, iaitu:

1. Bersifat adil iaitu Islam, akil baligh, tidak melakukan dosa besar dan mengulangi dosa kecil

2. Dabid (kuat ingatan)

3. Orang itu juga sejahtera daripada keganjilan (tiada perbezaan dengan riwayat orang yang dipercayai)

4. Sejahtera daripada ilat atau kecacatan, contohnya perawi sebenarnya tidak kuat ingatan

Hadis Hasan ialah hadis yang hampir menepati semua syarat hadis Sahih, terutama bersambung sanadnya dan diriwayatkan orang yang adil, tetapi ada satu kekurangan seperti perawinya tidak dabid.

Kelemahan ini mengurangkan nilai dan martabat hadis itu, tetapi masih boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu hukum.

Hadis Daif adalah hadis lemah hingga tidak dapat mencapai tahap hadis Hasan seperti perawinya bukan Islam, belum akil baligh, pernah berdusta atau melakukan dosa besar dan kecil. Lebih-lebih lagi jika riwayat itu berbeza dengan riwayat perawi lebih masyhur.

Hadis Maudu’ pula ialah hadis palsu yang didakwa kononnya sebagai hadis Nabi. Hadis ini muncul selepas tahun 40 Hijrah di akhir era Khalifah Uthman Affan di antara golongan penyokong Saidina Ali (Syiah), penentang Ali dan Muawiyyah (Khawarij) dan pemegang pemerintahan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker