» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi An-Nur: Cabaran logo tulen

Oleh ZAHARUDDIN ABD RAHMAN (Pensyarah Pembankan dan Kewangan Islam UIAM)
zaharuddin@yahoo.com



SATU persoalan yang kerap bermain di fikiran umat Islam apabila ingin menggunakan produk bertanda ‘halal’ atau ‘Islam’ ialah, wajibkah mereka membuat kajian sendiri sebelum menggunakannya atau memadai dengan ‘bersangka baik’ serta mempercayai tanda itu.

Hal itu berlaku dalam pelbagai bidang, sama ada pemakanan, barang kegunaan harian mahupun kewangan.


Bagi bidang pemakanan dan penggunaan, kita dapat melihat dengan jelas fungsi logo ‘halal’ daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang penting untuk dipastikan sebelum membeli sesuatu produk.

Bagi urusan kewangan pula, fungsi Jabatan Perbankan Islam dan Takaful (JPIT) di bawah Bank Negara Malaysia, Jabatan Pasaran Modal Islam di bawah Suruhanjaya Sekuriti serta Majlis Penasihat Syariah di pelbagai peringkat juga penting bagi memastikan logo ‘Islam’ pada nama bank dan produk kewangan juga tulen seperti logo Jakim pada makanan.

Cabaran dalam memastikan semua logo itu tulen serta mempamerkan keislaman tulen bukan kerja mudah. Lebih-lebih lagi dalam bab kewangan yang kompleks hingga menyebabkan kemungkinan wujud perbezaan tafsiran dalam memahami sesuatu konsep yang digunakan.

Cuma fokus saya dalam tulisan ini berkisar mengenai tanggungjawab orang awam atau pengguna dalam memastikan kebenaran logo itu berdasarkan kepelbagaian latar belakang, ilmu serta kemudahan.

Ada yang bertanya, bolehkah terus berpegang dengan logo yang ada tanpa sebarang usul periksa, dan jika ada khabar angin, boleh diabaikan.

Menurut pandangan Islam, bagi individu yang tiada kemampuan, sama ada ilmu, masa, sumber tepat dan berkuasa untuk membuat kajian mendalam, hukum ke atas mereka adalah harus untuk menggunakan dan bersangka baik dengan ‘branding’ ‘Perbankan Islam’ atau ‘Bank Islam’ atau “diluluskan Majlis Penasihat Syariah’ dan apa jua terma yang jelas menunjukkan mereka ditadbir urus secara Islam.

Allah SWT berfirman: “Tidak dipertanggungjawabkan seseorang dengan apa yang di luar kemampuannya.” (Al-Baqarah: 233)

Dalam hal ini, kewajipan seseorang terhenti kepada usahanya untuk mencari sesuatu produk yang bertanda ‘halal’ atau ‘Perbankan Islam’ saja.

Tugasan wajib seterusnya dipikul oleh ilmuan khas syariah, pengurusan institusi itu sendiri dan pihak berkuasa untuk memastikan yang ‘halal’ dan ‘Islam’ itu bukan sekadar jenama kosong tanpa isi.

Begitupun, bagi sesiapa yang ingin dan ada kredibiliti serta sumber yang memiliki kuasa untuk membuat pengkajian dengan lebih mendalam, ia boleh dianggap satu ‘bonus’ untuk diri mereka.

Dalam situasi di mana mereka mendapati sesuatu kelemahan (kemungkinan melalui pengalaman mereka ketika berurusan dengan institusi kewangan Islam ini), mereka perlu mendekati pihak bertanggungjawab terlebih dulu sebelum memukul canang di luar sehingga boleh mengguris kepercayaan awam kepada institusi kewangan Islam secara umum dan produk berlogo ‘halal’ itu.

Ia satu akhlak Islam dalam memastikan maklumat yang diperoleh disalurkan kepada saluran betul. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 83, ertinya: “Dan apabila datang kepada kamu berita baik atau keburukan, mereka (orang munafiq) kerap suka menyebarkannya terlebih dulu, (lebih baik) jika mereka merujuk perkara itu kepada Rasul dan pemerintah (orang berwajib), nescaya mereka tahu bagaimana untuk bertindak.”

Selain itu, tindakan memukul rata semua perbankan Islam lemah apabila menjumpai satu kesilapan adalah kurang tepat kerana:

a) Kesilapan itu adalah kesilapan individu yang bertugas saja. Jika demikian, ia tidak harus dipertanggungjawabkan kepada Majlis Penasihat Syariah sesebuah bank itu. Apatah lagi untuk meletakkan kesilapan itu kepada seluruh operasi bank Islam di Malaysia dan dunia. Hal ini pernah dan sememangnya boleh berlaku.

Menurut pengetahuan saya, ada seorang individu menjumpai beberapa kelemahan ketika ingin menggunakan produk pembiayaan perumahan, lalu dihebohkan di satu negara dan kepada seluruh rakannya dengan dakwaan bahawa perbankan Islam di Malaysia sebagai ‘tidak berguna’. Padahal ia kesilapan peribadi pegawai yang bertugas hari itu. Wajarkah tindakan ini?

b) Kesilapan itu kesilapan pengurusan institusi kewangan itu saja. Ertinya, Majlis Penasihat Syariahnya memberi nasihat benar dan betul mengenai tatacara, syarat dan rukun. Namun akibat kelalaian atau didorong perasaan ingin memudahkan proses teknikal, pihak pengurusan mengubah keputusan Majlis Syariahnya kepada keputusan yang diubahsuai.

Keadaan ini boleh berlaku jika Jentera Pemantauan Syariah di dalam operasi sesebuah institusi kewangan itu tidak kukuh dan berdiri sendiri (independence).

c) Kesilapan itu adalah kesilapan pihak pengurusan dalam memberi gambaran proses kepada Majlis Penasihat Syariah. Hal ini juga mudah berlaku, terutama apabila pihak pengurusan tidak mampu menjangkakan tahap kefahaman ahli Majlis Penasihat Syariah mereka.

Hasilnya, mereka membentang dengan sangat ringkas, kelihatan mudah dan boleh diterima syariah. Akibatnya, walaupun diluluskan oleh Majlis Syariah, ia tidak lebih hanya konsep dan bukan cara aplikasi produk itu.

d) Kesilapan Majlis Penasihat dalam memahami penerangan pengurusan. Ini juga mungkin berlaku, tetapi jika ia berlaku, pihak individu tadi masih tidak boleh membuat tuduhan ‘tidak Islamik’nya secara purata bagi semua Institusi Kewangan Islam. Ini kerana kesilapan sama kemungkinan besar tidak berlaku di Institusi kewangan Islam lain.

Justeru, kesalahan sebuah institusi tidak boleh dihukumkan ke atas keseluruhannya. Tidak dinafikan sememangnya kemungkinan kesilapan berlaku akibat kelemahan manusia yang mengurus, justeru ia perlu dibawa kepada peringkat perbincangan dan laporan dengan lebih sistematik.

Jika dilihat daripada aspek lain pula, kemungkinan besar juga penemuan mereka silap, terutama jika individu tadi tidak faham baika undang-undang syariah, Malaysia dan instrumen kewangan moden.

Justeru, dibimbangi bahawa ‘heboh’ tanpa fakta sahih boleh menyebabkan orang awam keliru dan kembali ke institusi konvensional yang pastinya HARAM.

Secara tidak langsung, termasuk orang seperti ini dalam hadis sahih yang bermaksud: “Barang siapa mengajak kepada keburukan dan orang mengerjakannya, lalu ia akan menanggung dosa dipelaku tadi tanpa kurang.”

Ini kerana, akibat sikap gopoh, ia menjauhkan masyarakat daripada kebaikan akhirat kepada keburukan akhirat.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker