» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Sasar 100 jualan sehari






SELEPAS melabur hampir setengah juta, Safinah mahu melihat syarikatnya, Warisan Asal Sdn Bhd, terus berkembang, selain memastikan produk herba dan pelbagai produk kesihatan yang dihasilkan syarikatnya mendapat tempat di pasaran.

Selepas membuka cawangan restoran Malay Tea House di Pasar Seni, Kuala Lumpur, beliau ingin menggandakan cawangan syarikatnya bagi memikat lebih ramai pelanggan dan mensasarkan jualan produk itu sebanyak 100 jualan sehari.


Menariknya, konsep itu yang pertama diperkenalkan di negara ini, iaitu membuka restoran dan dalam masa sama menjadi stokis menjual pelbagai produk teh herba dan kesihatan yang dimajukan syarikatnya.

Tidak salah juga mengatakan, Restoran Malay Tea House juga restoran pertama menjadikan teh herba sebagai ‘trademark’ restoran, sama konsep dengan kopitiam yang diusahakan oleh Bumiputera.

Kata Safinah, beliau kini mencari peniaga berpotensi untuk membuka rangkaian baru restoran berkenaan serta memfokuskan dengan tujuh ejen syarikatnya yang menjual produk teh herba.

“Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan, lantaran itu saya hanya memilih ejen yang benar-benar komited untuk menjadi pengedar produk, demikian juga yang ingin membuka cawangan restoran.

“Sebelum ini ada peniaga ingin menjalankan perniagaan restoran di bawah syarikat saya, tapi usaha itu terbengkalai kerana sedikit masalah dan kurang komitmen. Saya harap ia tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau menegaskan, ramai peniaga berminat menawarkan rangkaian perniagaan dengan syarikatnya, tetapi ada yang sekadar hangat-hangat tahi ayam.

“Saya serius mengendalikan perusahaan ini dan ingin berjaya bersama syarikat, sebab itu saya ingin mencari peniaga yang betul-betul mahu berniaga dan berjaya seperti saya,” katanya.

Safinah berkata, bagi perancangan masa depan, beliau ingin membuka rangkaian perniagaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Dengan bantuan Fama bagi memantapkan aspek pemasaran, saya percaya produk teh herba, Warisan Herb, mampu bertapak kukuh di negara ini.

“Ada sebuah syarikat mengusahakan kopitiam sehingga berjaya dengan rangkaian perniagaan luas, meliputi 88 cawangan, termasuk lapan rakan niaga. Saya yakin produk dan restoran ini juga mampu mengorak langkah lebih cemerlang,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker