» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Bunuh isteri

Susunan FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my



“SAYA minta maaf... setiap hari yang saya lalui penuh dengan kesengsaraan. Saya fikir saya boleh kurangkan bebanan dihadapinya (Lori) dan menyatakan kebenaran, tetapi tidak berupaya berbuat demikian.”

Itu luahan perasaan Mark Hacking, 28, kepada bekas isterinya, Lori Kay Hacking serta keluarga dan saudara mara selepas dijatuhi hukuman penjara antara enam tahun hingga seumur hidup atas tuduhan membunuh Lori.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui keluarganya, Hacking mengakui penjara adalah tempat paling sesuai untuknya sebagai balasan dan sepanjang di sana dia berharap dapat memperbaiki kesilapan lalu.

Katanya, banyak dosa dilakukan, khususnya kepada Lori, dan hukuman itu sekurang-kurangnya dapat menebus kesalahan walaupun tidak sepenuhnya.

“Sudah ramai yang saya sakiti, saya mohon maaf. Selepas ini apa yang saya lakukan pasti menghantui diri setiap detik,” katanya.

Hacking didakwa atas tuduhan membunuh Lori yang dilaporkan hilang pada 19 Julai 2004 sebelum ditemui dalam keadaan berulat dan berbau busuk pada 1 Oktober 2004 di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat (AS).

Lori yang hamil dua bulan dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar berjoging di Salt Lake City. Laporan kehilangannya dibuat Hacking.

Pada mulanya Hacking menafikan dia terbabit dalam kejadian itu. malah tidak mahu bertanggungjawab di atas kehilangan isterinya.

Begitupun, berdasarkan bukti yang ada, Hacking tidak dapat menolak kaitannya dalam kes yang mendapat liputan meluas itu.

Mengikut laporan, Lori hilang pada 19 Julai 2004 jam 10.50 pagi. Hacking mendakwa isterinya bangun jam 5.30 pagi dan memandu dari rumah mereka ke Salt Lake City untuk berjoging seperti biasa.

Sangkanya, wanita itu akan pulang seperti biasa, namun pada hari berkenaan kelibat isterinya tidak kelihatan, sekali gus membimbangkannya.

Pada hari Lori dilaporkan hilang, Hacking didakwa membeli tilam baru di sebuah kedai dan keesokannya dia berlari dalam keadaan bogel di sebuah hotel berdekatan rumahnya.

Berikutan itu, Hacking di hantar ke hospital mental untuk mendapatkan rawatan. Namun dia sempat membuat laporan polis mengenai kehilangan isterinya.

Sejurus laporan itu dibuat, lebih 1,200 sukarelawan, termasuk penduduk tempatan, mencari wanita itu di lokasi dia dilaporkan hilang dan jumlah itu meningkat 3,000 tidak sampai seminggu kehilangannya.

Selain itu, polis menggunakan bantuan helikopter dan anjing pengesan serta cahaya infra merah untuk mengesan Lori di kawasan terbabit.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital, Hacking membuat pengakuan kepada adiknya, Scott Hacking bahawa dia membunuh isterinya dengan menembak menggunakan raifal jenis .22 kaliber ketika tidur dan selepas itu memasukkan mayat ke dalam plastik sampah sebelum membuangnya ke tempat pembuangan sampah.

Sejurus pengakuan itu Hacking ditahan pada 2 Ogos 2004 selepas dia keluar hospital. Polis percaya dia bersendirian ketika melakukan pembunuhan sebelum mencampakkan mayatnya ke tempat pembuangan sampah.

Melalui siasatan, pihak berkuasa menemui kesan darah di apartmen pasangan itu dan pisau di dalam bilik.

Pada jam 8.20 pagi, 1 Oktober 2004, polis menemui mayat Lori dalam keadaan sudah busuk di Salt Lake City.

Sementara itu, mengikut laporan keluarga dan rakan mangsa, pasangan iut berhasrat untuk berpindah ke utara Carolina kerana Hacking mendapat kerja di University of North Carolina selepas menamatkan pengajian dari University of Utah.

Begitupun, polis menyatakan Hacking tidak pernah menamatkan pengajian dari universiti terbabit dan percaya permohonan kerja terbabit palsu kerana tiada rekod mengenainya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 1999 selepas bercinta beberapa tahun ketika menuntut di Sekolah Tinggi Orem. Lori penuntut pintar di universiti sehingga diberi Anugerah Presiden dari University of Utah pada 1996.

Sementara itu, ibu Lori, Thelma Soares, berkata mereka sekeluarga kecewa dan sengsara dengan keadaan itu.

“Kehilangan ini sangat dirasai dan kami sentiasa mengingatinya. Saya kecewa dengan tindakannya (Hacking) yang sanggup membunuh sesuka hati. Saya berharap hukuman berat dijatuhkan ke atasnya,” katanya.



INFO

NAMA MANGSA: Lori Kay Soares Hacking

UMUR: 27 tahun (Pada 2004)

LAHIR: 19 31 Disember 1976 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat

FAKTA KES: Lori dilaporkan hilang pada 19 Julai 2004 sebelum mayatnya ditemui pada 1 Oktober 2004. Suaminya, Mark Hacking didakwa membunuh Lori dengan menembaknya sebelum membungkus dan mencampakkan mayatnya ke tempat pembuangan sampah. Pada 6 Jun 2005, Hacking didapati bersalah membunuh Lori, dan mahkamah menjatuhi hukuman penjara antara enam tahun hingga seumur hidup. Dia boleh mendapat parol selepas Ogos 2034.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker