» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Donat anak tempatan

Oleh ZULFA MOHAMAD
zulfa@hmetro.com.my



SAMA ada disedari atau tidak, kemasukan restoran francais berjenama luar negara yang bijak mengkomersialkan donat mengubah ‘status’ makanan itu daripada sekadar juadah sarapan kepada menu yang dianggap sebahagian gaya hidup berprestij.

Namun selepas sekian lama ‘menumpang’ jenama luar, kini penggemar donat, terutama di utara tanah air, harus mula memberi perhatian terhadap satu jenama baru yang dilahirkan anak tempatan.


Kelmarin, kedai pertama Nash Donuts & Bakery dibuka dengan rasminya di De’ Rendezvous, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, sebagai permulaan kepada kemunculan lebih banyak cawangan pada masa akan datang.

Pengarah Urusannya, Kadhar Shah Abdul Razak, berkata resipi dan kemudahan di premis Nash Donuts & Bakery hadir untuk memenuhi citarasa masyarakat masa kini yang mengutamakan gaya, ‘privacy’ dan eksklusif.

“Saya beri jaminan apa yang penggemar donat nikmati di kedai francais donat luar negara turut ada di Nash Donuts & Bakery, malah dalam sesetengah aspek, kami mampu beri yang lebih baik,” katanya.

Nyata Kadhar Shah tidak sekadar bercakap kosong kerana hiasan dalaman premis sulung Nash Donuts & Bakery memang menawan, selain ruang luas dan selesa untuk pelanggan.

Ini kerana premis itu menyediakan 100 tempat duduk untuk pelanggan, termasuk di luar premis — cukup selesa untuk pelanggan yang datang bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.

Kadhar Shah berkata, penyediaan tempat duduk untuk pelanggan dititik berat supaya selari dengan konsep Nash Donuts & Bakery sebagai premis untuk ‘coffee, friends and family’.

Pelanggan juga dijamin tiada masalah untuk meletak kenderaan kerana tempat luas disediakan selain kemudahan zon Wi-Fi percuma, zon merokok dan zon larangan merokok.

Satu lagi keunikan Nash Donuts & Bakery ialah pelanggan boleh melihat bagaimana donat dan roti dibuat kerana bahagian masakan menggunakan cermin telus.

Apapun, sekadar premis cantik bukan penentu kejayaan sebuah kedai menjual makanan kerana yang lebih utama pasti keenakan juadahnya dan hakikat itu tidak diabaikan oleh Nash Donuts & Bakery.

Kadhar Shah berkata, pihaknya menyediakan 30 jenis donat dan 65 jenis roti dengan perasa unik serta istimewa hasil kepakaran tukang masak berpengalaman menggunakan resipi khas Nash yang dikaji selama tiga tahun.

“Donat serta roti yang dijual di Nash Donuts & Bakery unik dan tiada di tempat lain. Antara perisa donat yang istimewa dan diyakini digemari pelanggan ialah strawberi, coklat, vanila dan mangga,” katanya.

Mengenai harga pula, Kadhar Shah berkata, biarpun pihaknya berusaha meletakkan Nash Donuts & Bakery sebagai premis makanan yang ada kelas, harga juadah turut dipastikan berpatutan.

Katanya, pelanggan diberi pilihan sama ada membeli sebiji donat dengan harga RM1.60 atau pakej keluarga dengan enam biji (RM9), 12 biji (RM16) dan 24 biji (RM30) manakala roti daripada RM1.80 hingga RM3.50.

Pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk seisi keluarga, mesyuarat dan sambutan majlis keraian kerana kotak disediakan jika pelanggan berhasrat membawanya pulang.

Melengkapi menu donat dan rotinya yang istimewa, Nash Donuts & Bakery turut menyenaraikan pilihan tersendiri seperti Nash Cafe, Nash Organic Tea, Nash Cappucino, Pure Black dan Flat White.

“Nash cafe adalah minuman istimewa kerana ia menggunakan resipi sendiri dan secara tidak langsung memberi imej kepada Nash Donuts & Bakery,” katanya.

Kadhar Shah berkata, pihaknya juga bercadang membuka empat lagi cawangan Nash Donuts & Bakery dalam masa terdekat iaitu di Georgetown, Pulau Pinang; Sungai Petani dan Alor Star, Kedah.



MAKANAN

Menyediakan 30 jenis donat dan 65 jenis roti. Antara perisa istimewa ialah strawberi, coklat, vanila dan mangga



Harga

1 donat - RM1.60

Pakej 6 donat - RM9

Pakej 12 donat - RM16

Pakej 24 donat - RM30

Roti - RM1.80 hingga RM3.50



MINUMAN

Panas


Nash Coffee - RM4.50

Nash Organic Tea - RM4.50

Nash Cappuccino - RM5.50

Caffe Mocha - RM6.50



Sejuk

Ice Blended Chocolate - RM7.50

Oreo Shake - RM7.50

Frosty Fuit Punch - RM6

Tropical Smootheis - RM6



Ais Krim

Espresso Affogato - RM7.50

Double Delight - RM5.90

Banana Split - RM7.90

Smarties Treat - RM6.90



WAKTU OPERASI: Dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 12 malam.

ALAMAT: Nash Donuts & Bakery, De’ Rendezvous, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker