» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi ‘Lubuk’ asam pedas

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my



TIDAK dinafikan restoran kian tumbuh bak cendawan, namun Kafe Zee Zee yang dibuka sejak Jun tahun lalu di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor, mempunyai keunikan sendiri kerana hanya menampilkan dua menu istimewa iaitu sajian asam pedas dan nasi kukus ayam kampung.

Walaupun pilihan pengunjung terhad pada menu itu, ia secara tidak langsung mencipta tarikan tersendiri kerana ramai berkunjung ke situ semata-mata untuk mencari kelainan hidangan bagi jamuan makan tengah hari dan malam memandangkan rata-rata restoran sekitarnya menyajikan makanan kampung dan Thai.


Menariknya, asam pedas di restoran itu dihidangkan dalam belanga (claypot) dan masih panas ketika disajikan kepada pengunjung.

Tidak hairan jika menu itu menjadi tumpuan pengunjung, terutama penggemar asam pedas.

Menurut pemilik restoran, Nik Ab Rahman Mohd Nor, 51, keistimewaan masakan asam pedas di restoran itu disebabkan ‘sentuhan’ isterinya, Zakiah Zen, 46, yang menggunakan ‘resipi istimewa’, iaitu gabungan masakan asam pedas dari Melaka dan Johor.

Katanya, bukan mudah memenuhi selera penggemar masakan asam pedas kerana kebanyakan penggemarnya ‘cerewet’ dan hanya memilih sajian asam pedas yang betul-betul sedap dan menyelerakan.

“Jika hidangan (asam pedas) tidak memuaskan, jangan terkejut melihat hidangan itu tidak diusik pelanggan dan terbiar sejuk di atas meja.

“Sebab itu, ketika bercadang membuat menu ini bersama isteri, saya pastikan ia dibuat mengikut selera sebenar penggemarnya. Mujur isteri saya mahir dengan sajian ini dan cepat belajar,” katanya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Rahman berkata, hidangan asam pedas yang disediakan itu disajikan dengan pilihan ikan segar iaitu ikan kembung, tenggiri, pari dan merah, termasuk kepala ikan merah.

Mengenai harga ditawarkan, katanya, ia dijual pada harga RM12 bagi setiap sajian dan ia juga bergantung dengan saiz ikan dan harga pasaran.

“Pada masa tertentu ada juga disediakan asam pedas tempoyak ikan patin. Ia bergantung kepada permintaan dan bukan ada setiap masa.

“Dalam masa sama ramai pelanggan memilih hidangan nasi kukus ayam kampung. Ia disediakan bersama ayam kampung goreng berempah.

“Namun, pelanggan juga ada pilihan lauk lain seperti udang masak sambal dan daging gulai kerutuk,” katanya.

Rahman berkata, pilihan makanan lain yang dihidangkan adalah char kuetiau goreng yang disediakan pada sebelah petang, manakala minuman istimewa turut disediakan iaitu air asam boi, jus buah dan ‘teh dangdut’.

Bercerita mengenai dekorasi restoran, Rahman berkata, hiasan berkonsepkan rumah kampung dengan penampilan ringkas adalah ilham sendiri dan dibantu isteri yang inginkan suasana tenang dan bersantai dinikmati pengunjung.

“Pun begitu isteri dan anak, Nik Khairul Anuar, sebenarnya banyak membantu serta memberi ‘idea’ untuk mengembangkan restoran sehingga menjadi tumpuan penduduk setempat dan dikunjungi ramai, termasuk orang kenamaan dan selebriti,” katanya.

Antara lain, Rahman turut menerima tempahan katering daripada pelbagai jabatan kerajaan dan korporat, selain tempahan perkahwinan dan majlis keramaian.

Asam Pedas Kepala Ikan Merah

Bahan

1. Kepala ikan merah
2. Cili kering dan lada hitam
3. Bawang besar dan putih
4. Serai dan daun limau
5. Halia dan Kunyit hidup
6. Bunga kantan
7. Belacan
8. Asam jawa

Cara memasak
Cili kering, bawang merah, lada hitam, halia dan kunyit hidup dikisar sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan berkenaan ke dalam kuali dan tumis sehingga garing.

Bahan itu ditumis dengan bawang putih dan serai yang diketuk. Masukkan air, bersesuaian dengan hidangan yang hendak disediakan.

Selepas itu masukkan bahan perasa bersama belacan, daun limau dan bunga kantan. Dalam masa sama masukkan kepala ikan ke dalam sajian. Masak sehingga mendidih dan kepala ikan merah sudah masak dan sedia untuk dihidangkan.

MAKANAN HARGA
1. Asam pedas (Ikan pari, merah, kembung dan tenggiri) - RM12
2. Asam pedas kepala ikan merah - Mengikut harga pasaran
3. Asam pedas tempoyak ikan patin - RM12-15 (mengikut saiz ikan)
4. Nasi kukus ayam kampung - RM6.50
5. Char kuetiau - RM4

MINUMAN HARGA
1. Air asam boi- RM1.80
2. Bandung Soda - RM 1.60
3. Jus Epal - RM2.50
4. Jus Belimbing - RM2.50
5. Teh dangdut - RM1.80

WAKTU OPERASI: Dari jam 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari Isnin sehingga Sabtu.

ALAMAT: D-19-GA, Jalan Prima Saujana, 2/F Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker