» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Kaki robotik






RADI Kaiof tidak pernah menjangkakan dia mampu berdiri dan berjalan semula selepas ditimpa bencana pada 1988.

Bekas tentera Israel berusia 41 tahun itu cedera parah ketika berkhidmat sehingga dia terlantar akibat lumpuh separuh badan.


Sedikit demi sedikit, Kaiof terlupa bagaimana perbuatan dinamakan berjalan kaki itu.

Namun, keadaan berubah hasil penciptaan alat dinamakan ReWalk, dikeluarkan sebuah syarikat teknologi tinggi Israel, Argi Medical Technologies.

Dicipta jurutera, Amit Goffer, ReWalk adalah sejenis pakaian khas diperbuat daripada keluli dilengkapi peralatan elektronik membantu Kaiof menggerakkan kakinya.

“Hanya selepas boleh berdiri, saya sedar betapa tingginya saya dan kini mampu bertentang mata ketika bercakap dengan seseorang,” katanya.

Penggunaan ciptaan Goffer itu menjadikan seseorang seperti Robocop.

Melalui ReWalk, alat itu membantu menggerakkan bahagian bawah pinggang manusia untuk membolehkannya berdiri, berjalan dan menaiki tangga.

Goffer sendiri sebenarnya menderita lumpuh akibat kemalangan pada 1997.

Malangnya, dia tidak boleh memanfaatkan ReWalk ciptaannya kerana turut lumpuh kedua-dua tangan.

ReWalk berfungsi hasil gabungan penopang lengan untuk keseimbangan, penyokong kaki bermotor, pengesan tubuh dan kotak sandang berisi alat kawalan berkomputer serta bateri boleh caj semula.

Penggunanya perlu memakai alat kawalan jauh di pergelangan tangan untuk mengawal pergerakan seperti berdiri, duduk, berjalan atau mendaki.

Apabila badan dicondongkan ke depan, pengesan tubuh dihidupkan untuk menggerakkan kaki robotik.

Kata Goffer, alat itu mampu memberi harapan baru kepada pengguna kerusi roda.

“Ia bukan sekadar perubahan daripada aspek kesihatan, sebaliknya mengembalikan keyakinan diri,” katanya.

Pengarah Terapi Fizikal dan Pekerjaan di Pusat Perubatan Universiti New York, Kate Parkin, berkata ReWalk berpotensi dikembangkan untuk mengubah nasib penderita lumpuh.

Secara fizikal, katanya, tubuh berfungsi secara berbeza ketika berdiri.

“Anda boleh merangsang pelbagai otot dan memberi ruang lebih luas untuk paru-paru,” katanya.

Daripada aspek psikologi, katanya, ReWalk membolehkan seseorang berkedudukan lebih tinggi dan melihat ke mata seseorang ketika berinteraksi.

ReWalk masih dalam peringkat percubaan klinikal di Pusat Perubatan Sheba, Tel Aviv dan hanya ada di pasaran pada 2010.

Harga jualannya dianggarkan kira-kira RM62,000 seunit.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker