» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi >PJNH bantu pesakit `terdampar’






MENYEDARI peningkatan kes pesakit ‘terdampar,’ iaitu individu yang tidak mempunyai waris dan tidak dipedulikan keluarga, selepas menerima rawatan daripada hospital kerajaan, Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH) diwujudkan sejak November 2006 bagi memberi penempatan sementara kepada pesakit berkenaan.

Pusat jagaan berkenaan bukan saja menjadi transit kepada pesakit terdampar daripada hospital Kajang dan kawasan berhampiran, bahkan menjadi ‘persinggahan‘ kepada mualaf, warga emas dan orang kurang upaya yang berpenyakit kronik seperti kencing manis dan jantung dan menghadapi masalah tempat tinggal.


Pengerusi PGJNH, Mohiadin Bahado, 49, berkata pusat jagaan itu juga berperanan menjaga kebajikan penghuni, termasuk makan minum dan pakaian, selain menguruskan sesi rawatan lanjutan yang dijalani penghuni di situ.

“Pusat jagaan ini tidak sama dengan rumah kebajikan orang tua-tua lain, kerana di sini mereka (penghuni) akan dibantu meneruskan rawatan susulan ke hospital dan kebajikan mereka juga terjamin di sini.

“Dalam masa sama, kami juga menghubungi waris dan keluarga penghuni. Selepas rawatan susulan yang mereka jalani selesai. Jika (waris dan keluarga) tidak mengambil penghuni berkenaan, kami akan hantar ke rumah kebajikan,” katanya yang juga Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Menurutnya, di pusat jagaan itu, penghuni turut menjalankan pelbagai aktiviti berfaedah bagi mengisi masa lapang, seperti program kerohanian, kerja tangan, riadah serta program khidmat nasihat dan kaunseling.

“Bagaimanapun, tiada paksaan kepada penghuni, terutama yang sakit untuk melakukan aktiviti berkenaan, kecuali beriadah dan bersenam.

“Di sini (PJNH), ada penghuni yang berkebun. Ramai juga yang rajin beriadah dan tidak pula membantah menyertai program kaunseling. Selain, ada perancangan untuk pondok rehat untuk memudahkan mereka ‘melepak’ dan bersantai kerana semua penghuni adalah warga emas,” katanya.

Selain itu, kata Mohiadin, pihaknya mengharap sumbangan orang ramai untuk menyediakan kemudahan pengangkutan dan pakaian kepada penghuni kerana sumber kewangan pusat jagaan itu terhad.

“Tidak dinafikan memang ada sumbangan yang diperoleh, tetapi sekadar ‘cukup-cukup makan’ saja. Masih banyak kekurangan yang diperlukan di pusat jagaan ini, namun apa yang ada sekarang masih memadai.

“Kami memang mengharapkan sumbangan individu, korporat, kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengukuhkan lagi dana dan sumber kewangan,” katanya yang boleh dihubungi melalui di talian 03-87668100, atau berkunjung ke alamat, Lot 842, Lorong Dato' Dagang Haji Tahir, Kampung Sesapan Kelubi, 43700, Beranang, Selangor.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker