» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Anakku Tanggang

Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN




KETIBAAN Ramadan kali ini menjadi detik paling pilu bagi seorang ayah apabila buat pertama kali dia terpaksa menyambut bulan keberkatan itu di rumah kebajikan selepas tidak dipedulikan lima anaknya yang bersikap tidak ubah seperti Tanggang.

Sejak ada di situ April lalu, ayah malang itu yang mahu dikenali sebagai Hamid, 62, berkata dia cuba menghubungi seorang daripada lima anaknya dengan menulis hampir 50 surat, namun tidak satupun suratnya dibalas.


“Kini, hidup atau mati, saya tidak peduli lagi sama ada mereka datang atau tidak untuk berjumpa saya,” katanya sedih.

Hamid yang berasal dari Pulau Pinang, mendaftar di Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor atas kerelaan sendiri selepas dia mengalami kecederaan patah tulang paha akibat terjatuh di kaki lima berhampiran sebuah bank.

Selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan tanpa perhatian anak, Hamid tidak mahu pulang ke rumah, sebaliknya memohon untuk memasuki rumah kebajikan sebelum ditempatkan di pusat jagaan itu.

“Saya sendiri yang minta dihantar ke rumah kebajikan kerana saya rasa mereka (anak) tidak perlukan saya lagi.

“Dulu saya berduit, terutama selepas bersara, ada juga beri pada anak.

“Sekarang duit sudah habis dan mereka tidak pedulikan saya lagi, jadi saya ambil keputusan tinggal di sini,” katanya.

Bagaimanapun, Hamid berkata, dia akan terus menulis surat kepada anak keempatnya dan menelefonnya kerana hanya itu yang mampu dilakukannya untuk mengubat kesepian.

Katanya, berbanding empat anak yang lain, anak keempatnya masih memberi perhatian kepadanya walaupun sekadar mendengar khabar.

“Mungkin dia sibuk atau tiada masa untuk menulis dan membalas.

“Begitupun, saya kerap menghubunginya bertanya khabar. Mungkin bagi dia itu sudah mencukupi,” katanya.

Mengenangkan Ramadan kali ini yang terpaksa disambutnya tanpa anak dan isteri, Hamid berkata sukar untuk dia menggambarkan kesedihan dirasakannya.

“Tahun ini kali pertama saya bersahur dan berbuka bersendirian. Dulu meriah dengan keluarga, tetapi kali ini kawan jadi teman saya di saat sedih atau gembira,” katanya.

Berbicara mengenai isteri, Hamid berkata, isterinya lumpuh sebahagian badan sejak beberapa tahun lalu dan kini dijaga anak bongsunya.

“Anak bongsu saya mahu jaga ibunya saja,” katanya.

Ditanya adakah dia akan memaafkan anaknya pada Aidil fitri nanti, Hamid berkata, itu terpulang kepada mereka.

“Jika mereka datang, saya tiada masalah untuk memaafkan mereka, apatah lagi dalam Islam sangat dialu-alukan berbuat demikian, tetapi jika tidak, saya serahkan kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Sementara itu, sepanjang menetap di rumah kebajikan berkenaan, Hamid yang terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak banyak menghabiskan masa melakukan amal ibadah selain mengikuti aktiviti disediakan.

Menurutnya, hidupnya tenang sejak menetap di situ meskipun ada ketikanya rindu kepada keluarga hadir silih berganti.

“Siapa yang tidak sayang anak dan isteri, namun saya reda. Di sini saya melakukan pelbagai aktiviti untuk memastikan masa lapang diisi.

“Jika rindu, saya menulis surat untuk anak dan minta penyelia poskan,” katanya.

Di dalam almarinya tersusun kertas bersaiz A4 selain sampul surat, pen dan buku tiga lima yang tercatit nama anak dan alamatnya.

Ditanya mengenai isi kandungan surat itu, Hamid berkata, dia menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran dan selalunya bertanya khabar selain memberitahu perkembangan kesihatannya.

“Dalam surat yang saya tulis, saya tanya khabar mereka selain beritahu keadaan saya di sini.

“Saya juga beritahu mereka, jangan bimbang mengenai kesihatan saya. Surat ini menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan,” katanya.

Selain Hamid, seorang lagi penghuni, Mahmod Rahmad, 56, hidup sebatang kara sejak meninggalkan tempat kelahirannya, Jawa Timur, Indonesia, 30 tahun lalu.

Dia yang masih bujang menghidap penyakit jantung selain kaki membengkak yang dialami sejak dua tahun lalu.

“Saya menetap di sini sejak 1978 dan sepanjang tempoh itu, pelbagai kerja saya lakukan seperti buruh ladang, pekerja kontrak dan pengawal keselamatan sebelum berhenti selepas mendapat penyakit jantung dan kaki bengkak,” katanya.

Mahmod yang memasuki rumah kebajikan berkenaan pada Jun lalu turut melahirkan perasaan sedih dan hiba setiap kali menjelang Ramadan dan Aidil fitri kerana terpaksa menyambutnya berseorangan.

“Setiap kali puasa dan hari raya, saya sedih kerana menyambutnya berseorangan. Namun, saya sudah biasa dan mampu berdikari.

“Bukan saya tiada keinginan untuk berkahwin, tetapi setiap kali saya berkawan dengan wanita, akhirnya dikecewakan.

“Sepanjang di sini, enam kali atau enam wanita yang saya berhasrat menjadikannya isteri, berkahwin dengan orang lain,” katanya.

Penghuni lain, Mat Tarmidi Mohamad, 67, yang juga masih bujang berkata, kehadiran Ramadan dan sambutan Hari Raya setiap tahun sudah menjadi perkara biasa dirinya menyambut berseorangan.

“Saya tidak kesal tidak berkahwin meskipun pernah tiga kali bertunang dan gagal. Saya sudah biasa hidup begini, jadi tiada masalah meskipun saya akui ada kalanya sunyi dan sepi.

“Saya berharap anak muda hari ini jangan berkahwin lewat, usia 20-an sangat sesuai untuk mendirikan rumah tangga supaya apabila tua kelak, anak sudah membesar,” katanya memberi nasihat.

Kamarudin Abdullah, 43, dari Cheras pula berkata, kehadiran Ramadan dan hari raya sangat ditunggu-tunggu kerana inilah kali pertama dia akan berpuasa selepas memeluk Islam pada 1995.

“Sebelum ini saya hanya Islam atas nama tetapi selepas memasuki rumah ini sejak Mei lalu serta mendapat pendedahan mendalam, saya tidak sabar untuk berpuasa dan menyambut hari raya bersama rakan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker