» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Latih anak puasa

Oleh SULIATI ASRI




DALAM Islam, kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, tetapi ibu bapa digalakkan melatih anak mereka menjalani ibadat itu sejak kecil lagi.

Didikan dan latihan sejak kecil penting untuk membantu kanak-kanak berpuasa dengan lebih sempurna apabila mereka dewasa.


Mendidik dan melatih anak menahan diri daripada lapar serta dahaga satu tanggungjawab mencabar dan ibu bapa perlu banyak bersabar dalam melayan kerenah mereka.

Langkah pertama untuk mendidik anak berpuasa boleh dilakukan sebelum tibanya Ramadan dengan memberitahu mereka mengenai kelebihan dan ganjaran yang diperoleh oleh orang berpuasa.

Apabila Ramadan bermula, di peringkat awal mungkin timbul masalah apabila anak mengadu lapar serta mahu berbuka puasa sebelum waktunya. Menghadapi kerenah ini, ibu bapa perlu bijak memujuk dan memberi semangat supaya anak terus berpuasa.

Bagaimanapun, jika dilihat keadaan kesihatan anak terjejas seperti terlalu lemah atau muntah, ibu bapa wajib menyuruh anak segera berbuka puasa bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Jika anak berjaya berpuasa sehingga waktu berbuka atau genap sebulan, tidak salah mereka diberi hadiah dan pujian bagi menambah lagi minat mereka untuk mengerjakan Rukun Islam Ketiga itu.

Ini kerana, kebanyakan anak kecil biasanya gembira jika mendapat sesuatu upah atau hadiah dan dalam hal ini, tidak salah bagi ibu bapa untuk menuruti permintaan mereka.

Namun pada masa sama, anak harus diberi penerangan lengkap upah atau hadiah yang diberi ibu bapa cuma sebagai dorongan, sedangkan matlamat utama puasa bukan untuk mendapat upah itu, sebaliknya ada upah lebih besar iaitu pahala daripada Allah SWT.

Bagi anak kecil yang tidak berpuasa, pastikan mereka turut serta ketika berbuka dan bersahur supaya dapat bersama berdoa serta berkongsi kegembiraan dengan keluarga.

Tidak ketinggalan, menu ketika bersahur dan berbuka puasa boleh dijadikan landasan terbaik untuk melatih anak berpuasa kerana menyediakan juadah digemari dapat memberi semangat untuk mereka berpuasa.

Dalam pada itu, penerapan nilai dan hikmah ibadah puasa boleh disemai dalam jiwa anak supaya apabila dewasa mereka lebih faham pengertian ibadah berkenaan.

Riwayat Bukhari daripada ar-Rabi’e binti Muawiz berkata: “Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak kami berpuasa. Kami menyediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.”

Selain itu, ibu bapa perlu memastikan setiap dorongan yang diberi berbentuk semangat dan kerinduan untuk mengerjakan ibadat serta mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Mereka juga boleh diajak ke masjid untuk bersama mengerjakan solat tarawih serta ibadat sunat lain seperti berzikir dan membaca al-Quran.



Tip

> Pastikan tiada makanan didedahkan kepada anak

> Setiap kali anak meminta makanan, cuba lengahkan permintaan anak

> Janjikan ganjaran baik seperti Tuhan sayang orang yang berpuasa

> Cuba beri tempoh masa tertentu kepada anak supaya dia dapat menyesuaikan diri tanpa makan selama beberapa jam terlebih dulu

> Jangan paksa anak berpuasa kerana setiap kanak-kanak mempunyai daya ketahanan diri yang berbeza

> Berlembut dengan anak supaya dia tidak rasa tertekan untuk melakukan puasa

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker