» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi An-Nur:Belum darurat

Bersama Zaharuddin Abd Rahman




PERGI ke bank riba kerana permohonan di bank Islam ditolak

Ini mungkin satu lagi rungutan umat Islam di Malaysia. Mereka berhujah mengatakan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan rumah, kereta, kad kredit Islam dan lain-lain ditolak oleh bank Islam, lalu ia dijadikan sebab mengapa muslim kurang di bank Islam dan lebih ramai di bank riba.


Hal ini juga pernah saya ulas di web saya. Sila rujuk satu artikel bertajuk “Wajarkah Bank Islam Tolak Permohonan” untuk mengetahui sama ada sudah sampai tahap darurat untuk seorang muslim bersenang-senang di bank riba atau ia hanya darurat dan hajiat palsu yang bertunjangkan nafsu dunia.

Kesimpulannya, jika bank Islam menolak sesuatu permohonan, ini bermakna (menurut kiraan berwibawa mereka) kemampuan kewangan anda masih tidak melayakkan anda untuk membuat hutang jenis besar dan berat.

Jika anda masih degil lalu pergi juga ke bank riba lalu diluluskan, sebenarnya anda memerangkap diri sendiri dan bakal menghadapi kesukaran berganda kerana jumlah faedah yang dikenakan bank riba kepada mereka yang tiada kelayakan kukuh pasti menenggelamkan anda.

Falsafah bank di seluruh dunia, ‘lebih kaya dan stabil kewangan anda... lebih murah kadar yang bakal anda peroleh’, dan demikian sebaliknya.

Fahamilah, mungkin anda berkata: “Saya ingin beli hanya aset asas dalam kehidupan saya, iaitu kereta atau rumah.” Jawapannya, menurut kiraan individu berkelayakan di bank berbekalkan formula khas di bank Islam mendapati satu daripada keputusan berikut:

  • Anda belum layak terbabit dalam hutang. Maka, tangguhlah daripada terbabit dengan sebarang bank. Cukup dengan menaiki kenderaan awam dan menyewa rumah sementara belum sampai kemampuan, atau usahakan cara lain yang sesuai, namun jangan berhutang.

    Jika berdegil, anda sebenarnya membuka peluang besar untuk jatuh dalam dosa lain akibat gagal menyelesaikan hutang kelak. Dosa yang berkait rapat dengan orang berhutang seperti menipu dan memalsu janji adalah biasa bagi mereka yang terperangkap dalam hutang. Malah Nabi SAW juga memberi amaran berkenaannya.

  • Anda memang layak pada asalnya, namun akibat hutang di bank sedia ada, kelayakan anda terhakis buat waktu itu. Anda perlu faham, kemampuan anda untuk membayar hutang sedia ada melebihi hak kemampuan anda.

    Hasil daripada itu, bank Islam menolak permohonan anda demi kebaikan anda, bukan kerana sengaja enggan menolong anda. Atas sebab itu juga saya tuliskan sebelum ini supaya ‘jangan biarkan rekod anda merah di mana-mana bank’ kerana ia juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.



    Tolak bank Islam kerana bank riba lebih mudah urusannya

    Jika sebabnya adalah sebagaimana dinyatakan di atas atau apa jua sebab yang seumpamanya seperti cawangannya lebih banyak, mesin ATM meluas, ada perbankan Internet, perjanjian kontraknya lebih mudah dan cepat, khidmatnya lebih efisyen dan lain-lain sebab.

    Sekali lagi, jika demikian sebab musababnya, ternyata begitu murah dan mudah iman individu ini untuk dijual dan dibeli dengan harta serta kemudahan dunia.

    Rapuh sekali keyakinannya terhadap dosa riba yang maha besar, sebesar perisytiharan perang terhadap Allah dan Rasul-Nya, berzina sebanyak tiga puluh enam kali dan kehilangan berkat dalam hidup.

    Saya tidak nafikan kelemahan khidmat, kelembapan dan sebagainya wujud di kalangan bank Islam di Malaysia khususnya, namun kelemahan sebegini tidak mampu menjadi pelepas azab pedih Allah di barzakh dan akhirat tentunya. Juga tidak boleh dijadikan alasan untuk melarikan diri daripada perbankan Islam.

    Lihat saja betapa peritnya perjuangan Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya serta ulama salafus Soleh di kurun terawal dulu. Adakah kesukaran dijadikan alasan untuk tidak berjuang menegakkan kalimah Islam di muka bumi.



    Tolak bank Islam kerana kakitangannya seksi

    Saya juga mendengar ada individu menolak dan mengutuk sesebuah bank Islam hanya kerana kakitangannya berpakaian seksi, buka aurat dan tidak kelihatan seperti Islam. Apakah layak sebuah bank Islam membiarkan kakitangannya sedemikian?

    “Amat buruk lagi memalukan nama Islam,” demikian cebik seorang ustaz di sebuah masjid.

    Sudah tentu saya juga sentiasa menyokong dan berharap bank Islam di Malaysia khususnya dapat mengenakan disiplin etika berpakaian yang menepati Islam ke atas seluruh kakitangan wanitanya.

    Namun, selain melihat pelaksanaan ideal dan terbaik, kita perlu meninjau ehwal semasa dan praktikaliti. Hakikatnya, pengurusan bank Islam dalam banyak keadaan terpaksa memilih sama ada mendapatkan kakitangan yang baik pakaiannya atau yang dinamik dan berilmu.

    Perlu diingat, tidak semua urusan teknikal di bank memerlukan seseorang yang memiliki ilmu Islam secara khusus. Banyak bahagian memerlukan ilmu teknikal lain seperti audit, perundangan, sistem IT dan strategi pemasaran.

    Individu yang memiliki kepakaran ini biasanya tidak mempunyai ilmu Islam yang baik, malah ramai juga dari kalangan bukan Islam.

    Hasilnya, di waktu ilmu perbankan dan kewangan Islam masih kekurangan tenaga kerja dan aset manusia, ternyata sesebuah bank Islam sukar mendapatkan mereka yang baik pakaiannya dan cemerlang pula kerja dan pengetahuannya.

    Tatkala bertembung dua kepentingan, iaitu memilih yang baik pakaiannya dengan kemampuan kerja yang kurang atau yang baik dan cemerlang dalam bekerja namun penampilan pakaian yang tidak baik, mana satu yang perlu diambil bekerja oleh pihak pengurusan?

    Adakah tepat bagi pengurusan untuk memaksa kakitangan wanitanya, termasuk yang bukan Islam, menutup aurat di pejabat?

    Namun sedarkah kita, tindakan seumpama itu pasti membuatkan individu bukan Islam yang pakar keberatan memohon bekerja di bank Islam sedemikian.

    Tanpa merit dan kualiti, sebuah bank Islam akan hilang wibawa, kemampuan dan keberkesanannya, manakala pengurusannya juga pasti akan jatuh hingga akhirnya imej Islam akan turut jatuh merudum dengan amat besar sekali.

    Mungkin ada yang terfikir, jika kakitangan kita bertakwa, Allah akan gandakan keuntungan. Yakinlah. Ya benar, namun keperluan untuk meningkat kualiti dalam usaha dan hukum alam (kualiti akan berjaya, mereka yang tidak berkualiti akan jatuh) juga adalah perintah Allah SWT dan ajaran Islam tentunya.

    Lihat bagaimana nama Islam sedikit tercalar apabila dua bank Islam di Malaysia mencatat kerugian beberapa ratus juta beberapa tahun lalu.

    Kita bimbang sistem dan produk kewangan Islam akan dipersalahkan dan dilihat tidak sesuai untuk dunia perbankan, hasilnya akan berkurangan permintaan, lalu jatuh juga penawaran, padahal masalah kerugian sesebuah bank Islam bukan salah produk dan Islam, sebaliknya kualiti dan kecekapan pekerja.

    Jika memahami hal ini, manakah maslahat lebih besar yang patut dijaga oleh bank Islam dalam pengambilan pekerjanya? Pakaian menutup aurat bagi setiap wanita yang memohon atau kualiti ilmu bagi jawatan yang dipohonnya?

    Ya, kedua-dua penting, namun mana yang lebih penting? Taqdim al-aham ‘alal muhim dan juga kaedah. Ertinya: Mengambil mudarat yang lebih kecil

    Kaedah yang difahami ulama Islam dari firman Allah SWT, ertinya: “Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi. Katakanlah, pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219)

    Akhirnya, menjadi kewajiban kita muslimin dan muslimah hari ini untuk melanggan bank Islam.

    Jadikan keperluan ini didasari oleh iman dan takwa. Letakkan faktor halal sebagai asas penilaian dan bukan hanya sibuk dengan harga dan kadar. Lebih malang, kerana ramai individu tiada kefahaman dalam kiraan bank riba yang disangkanya murah. Sedarlah hakikatnya.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :


     
    VARIASI

    Bestari

    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    deko
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker