myMetro

>Beberapa pasangan kembar yang sudah mencipta nama




  • Mary-Kate dan Ashley Olsen


  • Mary-Kate dan Ashley menjadi pelakon kanak-kanak terkenal apabila membintangi siri Full House. Kini, masing-masing berusia 22 tahun, nilai harta mereka mencecah RM380 juta yang diperoleh menerusi Dualstar, jenama yang mereka asaskan untuk membina kejayaan.

    Kemampuan menyanyi, berlakon, pembabitan dalam bidang fesyen pakaian dan perniagaan menunjukkan pasangan itu berkebolehan dalam serba-serbi.



  • Joel dan Benji Madden


  • Anggota kumpulan Good Charlotte, Benji dan Joel tidak saja mempunyai persamaan dalam lapangan muzik, tetapi juga terhadap wanita. Ketika Benji menjalinkan hubungan dengan Paris Hilton, kembarnya, Joel yang menjadi penyanyi utama kumpulan rock itu, akrab dengan kawan Paris, Nicole Richie. Nicole melahirkan anak Joel, Harlow Winter Kate Racie-Madden di Los Angeles, Januari lalu.



  • Will dan Rupert Young


  • Ketika pemenang Pop Idol, Will Young, 29, berusaha untuk menduduki tempat teratas senarai penyanyi popular, kembarnya, Rupert pula bertarung menangani masalah murung yang dihadapinya. Cabaran terbarunya ialah kegiatan di Sungai Thames untuk memungut derma bagi Yayasan Mood, yang ditubuhkan untuk menyediakan rawatan percuma bagi mereka yang berdepan dengan masalah murung sepertinya.



  • Scarlett dan Hunter Johansson


  • Pelakon Hollywood, Scarlett, 24, dilahirkan selang tiga minit sebelum adiknya, Hunter di New York. Berbeza dengan Scarlett, Hunter yang bekerja sebagai penganjur kempen untuk calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Hunter masih boleh disifatkan sebagai bintang tetapi dalam politik, bukan lakonan.

    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad