» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Mat Laga: Kecoh balik kampung






BILA menjelang raya, antara topik yang sering menjadi perbualan dan mungkin juga perbalahan ialah balik kampung suami atau kampung sendiri.

Mat Laga terbaca beberapa artikel mengenai giliran balik kampung daripada sudut agama. Antara lain, isteri wajib mengikut perintah suami, kalau dia kata kena balik kampungnya, ikutlah balik kampung suami. Kalau suami memberi keizinan balik ke kampung sendiri, barulah boleh balik.


Dalam bab ini ramai memendam rasa, baik di pihak suami mahupun isteri. Ada suami terpaksa mengikut rentak isteri yang asyik mahu beraya di rumah ibu bapanya.

Disebabkan sayangkan isteri dan tak mahu berbalah, suami ikut kata isteri macam lembu dicucuk hidung. Ibu suami di kampung jauh hati kerana anak sering melebihkan isteri.

Bahaya tu, ingat-ingat sikit... Itulah orang perempuan, kalau hendak pentingkan perasaan sendiri saja, hati perempuan lain pula terguris.

Meskipun ramai membuat sistem giliran balik kampung iaitu secara berselang-seli, ada juga yang mengelat. Dalam lemah-lembut wanita, ada juga yang bijak menyusun strategi. Bergilir, bergilir juga. Bila tiba giliran kampung suami, mulalah dia ambil cuti pendek dan tak sabar nak naik kerja.

Apabila banyak kemelut menjelang Aidilfitri, mana yang belum berkahwin mula membuat percaturan sendiri.

Ada yang awal-awal lagi berhajat kalau dapat jodoh, biarlah pasangannya anak yatim piatu, supaya tak timbul masalah giliran balik kampung pada hari raya. Tiap-tiap tahun boleh balik kampung sendiri. La... macam gitu pulak.



MAT LAGA: Selamat Hari Raya dan maaf dipinta kepada pembaca semua. Hati-hati bila memandu...

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker