» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Gaya batik di Aidilfitri

Oleh NORAINON OTHMAN




MENAMPILKAN koleksi batik lukis moden dan kurung kontemporari, rekaan daripada Butik Kriteria ternyata bertepatan dengan semarak Aidilftri.

Himpunan ini menyerlah daripada segi warna yang ceria, potongan memenuhi cita rasa masa kini, fabrik berkualiti, selesa serta sopan.


Variasi rekaan bukan sama memenuhi gaya pada pagi Aidilfitri, berziarah di rumah sanak saudara dan menghadiri rumah terbuka, malah untuk menghadiri formal atau ke pejabat.

Potongan kurung tanpa pesak, blaus polos dipadankan pareo batik, kebaya nyonya dipadankan pareo batik, kurung Kedah yang diberi nafas baru, kaftan labuh yang dipadankan seluar dihimpunkan di bawah satu bumbung bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

Fabrik seperti sutera sifon dan sutera crepe yang selesa dan lembut digunakan bagi rekaan batik kontemporari. Motif abstrak, celoreng dan garisan menghiasi dada fabrik bagi menambah keindahan rekaan yang diserikan kombinasi warna memikat melalui tona warna.

Antara motif yang ditonjolkan ialah kuntuman ros mekar, pucuk pakis, heliconia dan kudup teratai.

Masih ada kesempatan bagi mereka yang belum membuat persiapan Aidilfitri untuk membeli baju raya.

Butik Kriteria di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur; Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Marrakesh Sunway Pyramid, Bandar Sunway dan Plaza Angsana, Johor Bahru.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker