» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Saling bermaafan amalan mulia






BEBERAPA hari lagi Ramadan akan menutup tirainya dan disambut pula dengan Aidilfitri.

Tanggal 1 Syawal adalah hari meraikan kejayaan umat Islam berperang dengan nafsu masing-masing.


Allah berfirman pada malaikat yang menyambut orang yang berpuasa pada hari Aidilfitri di lorong jalan maksudnya: “Wahai malaikat-Ku, apakah upah bagi seorang pekerja yang menyelesaikan pekerjaannya?

Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, wahai Tuan kami, Engkau tunaikan kepada mereka upah mereka.”

Maka Allah berfirman maksudnya: “Aku jadikan kamu semua sebagai saksi, maka Aku berikan kepada mereka keredaan dan keampunan-Ku sebagai upah bagi puasa dan solat malam mereka.

“Wahai hamba-hamba-Ku, pergilah kamu semua dalam keadaan telah Aku ampuni dosa-dosa.” (Riwayat Salmah ibn Shabib)

Begitulah besarnya penghargaan Allah SWT pada umat Islam selepas berjaya menempuh perjuangan selama sebulan menahan diri daripada lapar dan dahaga, maksiat dan kemungkaran serta hawa nafsu yang sentiasa menguji keimanan dan kesabaran.

Bertuahlah mereka yang berjaya mengisi sebulan Ramadan dengan ibadah dan kebaikan.

Bagi mereka yang gagal dalam perjuangan melawan hawa nafsu, semoga Allah memanjangkan umur kita dan dapat bertemu lagi pada Ramadan tahun depan.

Aidilfitri hari untuk berbuka. Berbuka itu ada dua makna, pertama berbuka puasa ketika mendengar azan Maghrib dan kedua ialah berhari raya kerana pada 1 Syawal umat Islam tidak lagi berpuasa, malah diharamkan berpuasa.

Ketika menyambut kebesaran, keberkatan dan keredaan Allah dalam merayakan Aidilfitri, usah berlebih-lebihan dalam mengadakan persiapan hingga membazir.

Aidilfitri pasti tidak lengkap jika tidak disambut dengan mengerjakan solat sunat Aidilfitri serta menyempurnakan rukunnya, termasuk mendengar khutbah hari raya dengan penuh penghayatan dan khusyuk.

Bermaaf-maafan dengan ibu bapa, suami, isteri, anak, adik beradik, saudara mara, rakan taulan, sahabat handai dan jiran perbuatan mulia dan sangat digalakkan pada pagi Aidilfitri dan amat baik jika dijadikan amalan hidup harian.

Berziarah ke rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran satu lagi acara yang tidak harus diabaikan kerana ia sangat baik dalam usaha mengeratkan silaturahim sesama umat, bukan berkurung di rumah menonton rancangan televisyen.

Saban tahun, banyak umat Islam yang menjadikan Syawal bulan untuk membebaskan diri daripada perintah dan larangan agama.

Maksiat kembali menjadi rutin seolah-olah terungkai sudah peraturan untuk umat Islam.

Jauhilah perbuatan maksiat serta melalaikan seperti berjudi, mengunjungi kelab malam dan hiburan yang keterlaluan.

Banyakkan bersedekah, terutama kepada fakir miskin dan anak yatim, kerana Aidilfitri pasti menjadi lebih bermakna dan menggembirakan buat golongan yang kurang berkemampuan jika mendapat hadiah pada pagi mulia ini.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker