» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Minyak lintah julang Marsyita

Oleh FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my



DIA pernah dilabel gila, menggalakkan maksiat serta menjual produk lucah gara-gara menjual produk kesihatan seksual jenama Sensaoil, tiga tahun lalu.

Lebih memberi cabaran, ada yang menyifatkan perbuatannya mendorong golongan muda melakukan zina, malah ada isteri berhasrat menyamannya kerana suami hendak berkahwin lain gara-gara 'penangan' Sensaoil.


Itu antara dugaan awal Marsyita Abd Wahab yang kini Pengarah Urusan Lovelorn Lure Industry Sdn Bhd ketika memasarkan produk pertamanya, Sensaoil pada 2006 dari satu tempat ke tempat lain.

Bukan saja di pejabat, kedai atau restoran, malah setiap orang yang ditemui tidak kira siang dan malam, mulut wanita berusia 29 tahun itu pasti tidak lekang mempromosi Sensaoil.

Berkat kesabaran dan semangat cekal, dalam tempoh tiga tahun, Marsyita kini boleh berbangga apabila produk yang dulunya dicemuh kini diibaratkan pisang goreng panas.

Sejak diperkenalkan hingga hari ini, produk keluaran syarikat itu, yang kini berjumlah 11 semuanya, mencatat hasil jualan hampir RM8.5 juta dengan jualan tertinggi pernah dicatat mencecah RM700,000 sebulan.

Dalam tempoh itu Marsyita bukan hanya mampu memiliki bangunan empat tingkat di Bandar Mahkota Cheras serta menggaji lebih 20 kakitangan, malah impian memiliki kereta mewah jenis Mercedes Benz SLK Compressor bernilai RM400,000 juga berjaya dicapai.

"Kereta ini memang idaman saya sejak kecil, malah dalam bilik saya penuh gambar di dinding. Sebelum ini saya ada kereta Kancil, tidak pernah terbayang memiliki kereta ini dan lucunya saya panggil Kancil ini SLK (Small Little Kancil) kerana beranggapan untuk memilikinya hanya angan-angan," katanya tertawa.

Melihatkan usia dan jantina, pasti ada yang tidak percaya bagaimana Marsyita boleh menceburi 'dunia' lelaki apabila mengetengahkan produk seksual untuk golongan itu sebelum beralih kepada produk wanita.

"Memang ramai bertanya, malah tidak percaya yang buat kerja ini wanita. Namun saya tidak kisah, yang penting produk ini membantu ramai suami dan isteri dalam hubungan seksual mereka," katanya.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2005 itu awalnya menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan untuk pelbagai jenama syarikat lain sebelum mengeluarkan produk sendiri pada 2006.

Kejayaan dikecapi hanya dalam tempoh tiga tahun itu boleh dikatakan luar biasa bagi wanita seperti Marsyita yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Barangkali itu yang dinamakan 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu' apabila daripada pernah hidup susah, kena marah dan dimaki, akhirnya mengubah nasib ibu kepada seorang cahaya mata berusia tiga bulan itu.

"Pada awal dulu saya tidak malu menjual produk ini di pasar malam, tempat letak kereta, selit iklan di cermin kereta dan di mana saja.

"Malah, saat yang tidak saya lupakan apabila suami beri RM10 untuk belanja sehari pada awal berniaga. Dengan wang itu saya mengisi minyak petrol meskipun pada masa sama perut lapar dan bila dapat duit hasil jualan, baru saya beli makanan," katanya yang dalam keadaan begitu hampir empat bulan.

Katanya, dia mendapat idea mengkomersialkan Sensaoil selepas suaminya, Zamri Ibrahim mengeluarkan produk Minyak Lintah Tapa pada akhir 1990-an.

"Minyak Lintah Tapa sudah lama diusahakan. Saya terfikir mengapa tidak menambah ramuan seperti penggunaan herba selain ekstrak lintah," katanya.

Sebelum mengusahakan produk 'hangat' itu Marsyita melakukan pelbagai kerja, antaranya restoran makanan segera, kedai buku, penyambut tetamu, setiausaha, penjual nasi lemak sehingga ejen insurans.

Namun, azam untuk berubah hasil kesusahan hidup yang dilalui bersama keluarga membakar semangatnya untuk berjaya, sekali gus mencapai cita-cita bergelar jutawan.

"Keluarga saya susah, adik-beradik lapan orang, ayah tentera, emak pula suri rumah. Ketika kecil, saya ada pengalaman belajar bertemankan pelita, mandi air perigi dan pakai baju sekolah singkat. Hari raya memang sukar dapat baju baru.

"Namun saat paling menyedihkan apabila saya terpaksa tarik diri daripada UTM (Universiti Teknologi Malaysia) selepas dua bulan belajar kerana tiada wang.

"Masa itu abang dan kakak belajar di universiti, jadi emak dan ayah tiada duit. Sebelum masuk UTM semangat saya berkobar-kobar, malah dengan muka selamba saya cari duit sendiri, pergi JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) selain menemui wakil rakyat meminta bantuan kewangan untuk bayaran pendaftaran universiti," katanya.

Marsyita percaya, ada hikmah di sebalik kegagalannya menyambung pengajian ke universiti dan kejayaan hari ini menjadi saksinya.

Selepas keluar UTM, dia bekerja di pelbagai bidang dan paling mengusik jiwanya ketika menjual sandwic di sekitar Ampang, Selangor, enam tahun lalu.

"Selepas pelbagai kerja saya buat, saya terfikir nak jual sandwic di stesen minyak sekitar Ampang. Jam 4 pagi saya bangun, 6 pagi hantar sandwic dan selepas itu beli barang.

"Berikutan sambutan menggalakkan, saya upah dua lelaki menghantar sandwic. Pernah mereka tidak datang, saya terpaksa hantar dan tiba lewat, sekali gus dimarahi pengusaha stesen.

"Habis sandwic yang saya buat terpaksa dibuang, malah saya tidak dibenarkan menghantar sandwic ke situ lagi," katanya.

Menurutnya, ada satu lagi kejadian apabila kereta Kancil yang dibeli beberapa tahun sebelum itu ditarik bank kerana dia tidak mampu membayar ansuran bulanan.

"Masa itu saya menaip surat di kafe siber untuk menjual sandwic di padang golf. Seorang lelaki masuk dan menjerit siapa pemilik kereta Kancil. Dengan muka malu saya mengaku dan dia tanpa belas kasihan mencampakkan barang untuk membuat sandwic seperti sayur, roti dan tuna di tepi longkang.

"Saya tidak mampu menahan air mata, nasib baik dibantu seorang lelaki yang menghantar barang itu ke rumah sewa, jika tak mungkin semuanya dibuang," katanya.

Pertemuan dengan lelaki yang kini suaminya pada 2005 melalui bantuan seorang rakan, boleh dikatakan membawa tuah apabila mereka bergerak dari satu tahap ke tahap lain sehingga berjaya hari ini.



>Profil

NAMA: Marsyita Abd Wahab

USIA: 29 tahun

LAHIR: 11 Februari 1979 di Hospital Besar, Johor Bahru, Johor

JAWATAN: Pengarah Urusan Lovelorn Lure Industry Sdn Bhd

SUAMI: Zamri Ibrahim

ANAK: Qitabas Zamri (3 bulan)

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Paya Salak, Padang Rengas, Perak; Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Bota, Perak

ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada lapan beradik.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker