» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Asli dari Thailand

Oleh FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS




JIKA mengunjungi pusat beli-belah Great Eastern Mall, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke Restoran Chitralada Palace yang terkenal dengan sajian istimewa dari Thailand.

Restoran menarik yang bermaksud ‘istana’ dan disebut ‘Cilada’ dalam bahasa Thai ini menyediakan pelbagai masakan asli dan istimewa dari Thailand yang setanding dengan masakan di negara berkenaan.


Pengusaha restoran, Ruslin Abd Malik, berkata pihaknya menyediakan lebih 100 jenis hidangan makanan tradisional popular dari negara gajah putih itu, selain menggunakan tukang masak yang dibawa khas dari sana.

Katanya, pengunjung yang pertama kali datang ke restoran berkenaan pasti merasai kelainan menikmati hidangan disediakan kerana kebanyakan bahan digunakan dibawa dari Thailand.

“Berbanding restoran biasa, kami mempunyai lebih pilihan makanan popular Thailand yang sukar didapati di tempat lain.

“Rahsianya, ia menggunakan resipi istimewa. Bahan digunakan juga penting untuk memastikan setiap masakan yang kami sediakan mempunyai rasa sama, seolah-olah pengunjung menikmatinya di negara asalnya,” katanya yang membuka restoran sejak 2005.

Antara menu istimewa di situ adalah daging goreng limau purut, tom yam poh teik, tom yam goong, udang goreng bawang putih dan cili, udang goreng mentega istimewa dan ayam goreng sos tomato dalam nanas (gai ob sapparot).

Menariknya, Ruslin berkata, ketika memesan hidangan berkenaan, pengunjung boleh menentukan kepedasan masakan yang diingini sama ada kurang pedas, sederhana mahupun pedas.

“Ia untuk memastikan pengunjung berpuas hati dan dapat menikmati hidangan yang menepati selera mereka,” katanya.

Menurut Ruslin, menu lain yang disediakan untuk pilihan pengunjung adalah aneka hidangan kerabu dan sayuran, antaranya brokoli udang, pak choy sos tiram, asparagus masak udang dan bayam masak bawang putih.

Katanya, pengunjung juga boleh memilih aneka sajian pencuci mulut seperti pulut mangga, cendol Thai, ais kacang, ubi kayu rebus, sago longan, kastard labu, banana split dan kek Thai.

“Ada juga minuman istimewa seperti jus calamansi plum, kiwi, minuman coklat dan vanila shake, kopi tiramisu, kelapa laut longan dan aneka jus buah sebagai pilihan pengunjung,” katanya.

Dengan ruang makan yang luas, restoran berkenaan mampu memenuhi 250 pengunjung. Ia sesuai untuk kunjungan individu, rakan dan keluarga.

“Biarpun restoran kelihatan eksklusif, sebenarnya ia sesuai untuk kunjungan sesiapa saja kerana harga dikenakan berpatutan, daripada RM3.90 hingga RM59.90. Kami juga menerima tempahan untuk majlis keraian,” katanya.

Dekorasi restoran turut menarik perhatian, bahkan cermin kaca yang menjadi ‘dinding restoran’ itu membolehkan pengunjung menikmati pemandangan ibu kota, Kuala Lumpur, yang mempesonakan, terutama waktu malam.

Sempena Ramadan, bufet berbuka puasa turut disediakan. Pengunjung berpeluang menikmati lebih 30 menu utama serta lapan pencuci mulut lazat setiap hari yang akan ditukar ganti.

Harga yang perlu dibayar untuk menikmati bufet berkenaan juga murah dan berpatutan, bagi dewasa berharga RM55 manakala kanak-kanak dikenakan bayaran separuh harga.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker