» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Alam siber ke realiti

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my



MEREALISASIKAN permainan komputer kepada realiti memberi kepuasan kepada peminat sukan ekstrem ‘paintball senario’.

Tanpa membataskan permainan kepada misi mengambil bendera kumpulan yang terdampar di kawasan pihak lawan, lebih banyak jenis misi dapat dicipta dalam setiap pertempuran menjadikan permainan lebih menarik.


Diadaptasi daripada permainan komputer atau realiti, paintball senario dimainkan di hutan melalui penggunaan objek daripada alam semula jadi seperti pokok dan belukar sebagai tempat berselindung daripada dikesan pihak musuh.

Menurut Ahmad Sakhee Shamsuddin, 25, yang aktif bermain paintball senario tahun ini, kepuasan dan keseronokan lebih dirasai kerana dapat merealisasikan permainan yang selama ini dimainkan di komputer kepada dunia realiti.

“Dalam setiap permainan, kami menetapkan sama ada misi ialah menyelamatkan tebusan yang ditawan pihak musuh, menyelamatkan juruterbang yang terhempas di kawasan pengganas atau seperti permainan paintball biasanya iaitu mengambil bendera kumpulan di kawasan pihak musuh,” katanya.

Penuntut jurusan e-perdagangan di kolej swasta itu berkata, paintball senario memberi cabaran tersendiri kerana permainan bukan sekadar untuk ‘membunuh musuh’, tetapi fokus lebih utama ialah mencapai misi sebenar.

“Jika misinya ialah menyelamatkan juruterbang terhempas dan dia boleh diselamatkan dengan cepat tanpa membunuh semua musuh, kumpulan itu dikira menang.

“Ada had masa bagi sesuatu permainan. Kami menetapkan misi perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu, misalnya tidak lebih setengah jam atau sejam,” katanya.

Dia yang sebelum ini bermain paintball di padang (speed ball) berkata, di luar negara lebih banyak senario dicipta untuk permainan ini seolah-olah seperti peperangan sebenar.

“Saya puas bermain paintball senario kerana boleh mempelbagaikan misi peperangan melalui idea sendiri. Paintball senario lebih menjimatkan berbanding speed ball yang memerlukan kepantasan pemain dan menggunakan lebih banyak peluru untuk menembak.

“Dalam satu permainan, pertempuran biasanya membabitkan 40 ‘askar’ iaitu dibahagikan kepada dua kumpulan yang berlawan (20-20), 25-25 atau 50-50. Permainan diadakan dua kali sebulan dari jam 9.30 pagi, berehat pada waktu tengah hari dan berlarutan hingga jam 4 petang. Dalam sehari, biasanya kami menamatkan lima hingga enam permainan,” katanya.

Antara lokasi yang menjadi ‘medan pertempuran’ Sakhee dan rakan ialah Kemensah dan Taman Botani Negara (TBN), Shah Alam. Setiap kumpulan akan berbincang dengan ahli kumpulan bagi menyusun strategi permainan dan kaedah menumpaskan pihak lawan.

Kos bagi hobi ini antara RM60 hingga RM70 bagi sekali permainan atau sehari. Ia jauh lebih murah daripada permainan ‘speed ball’ yang lebih banyak menggunakan peluru kerana memerlukan pemain beraksi pantas.

Antara kenangan manisnya bermain sukan ekstrem ini ialah berjaya menumpaskan musuh dalam waktu lebih singkat iaitu kira-kira 10 minit.

“Saya mengetuai pasukan untuk menyerang hendap musuh yang mengawal bendera kumpulan kami di kawasan lembah dalam hutan. Kebetulan saya biasa di kawasan itu, jadi saya tahu selok-belok laluan. Pihak lawan tidak sangka kami menyerang dari kawasan lain, menyebabkan mereka tidak menyedari diserang. Dengan mudah kami menewaskan pihak musuh,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker