» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi An-Nur: Umpama zaman jahiliah

Oleh ZAHARUDDIN ABD RAHMAN (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM)
zaharuddin@yahoo.com



Sambungan minggu lalu

PERIHAL keadaan wanita jahiliah disebut sifat mereka di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah di mana Rasulullah SAW bersabda:


“Dua golongan penghuni neraka yang tidak aku nampak: (1) manusia yang mengibaskan tali cemeti seperti ekor kerbau pada mereka dan mereka akan memukul manusia yang lain (pemerintah yang zalim); (2) perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong (pada kejahatan) dan menarik orang lain condong kepadanya. Kepala mereka akan jadi seperti bonggol unta ‘bukhtun’ yang condong kepada satu arah.

“Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium bau syurga, sedangkan bau syurga boleh dihidu daripada jarak yang tertentu.” (Riwayat Muslim, Sohih)

Wanita jahiliah memakai pakaian tetapi masih berbogel kerana mereka memakai baju tetapi tidak menutup aurat kerana baju itu nipis dan mendedahkan tubuh mereka. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qardawi)

‘Bukhtun’ di dalam hadis di atas adalah sejenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut wanita menyerupai bonggol unta apabila diikat dan disanggul di atas kepala.

Sabda Nabi membuktikan perempuan jahiliah tidak menutup kepala dan rambut mereka. Manakala wanita Kristian dan Yahudi yang didakwa memakai tudung seperti tudung Islam oleh pengendali blog itu, saya kira lebih dibawakan bukti daripada kitab Injil atau Taurat.

Selain itu, apa yang membuatkan anda terlalu pasti bahawa bertudung adalah pakaian sebenar perempuan Kristian di Makkah dan Madinah pada waktu itu? Golongan Yahudi pula terlalu sedikit di Madinah untuk diambil kira dan kita juga tidak tahu secara sahih jenis tudung mereka.

Jika benar pun ‘tudung’ bagi wanita Kristian dan Yahudi adalah seperti tudung wanita muslim, apakah masalahnya jika sama dalam perkara yang baik dan suci? Sama seperti Islam mendokong keadilan dan demikian juga agama lain.

Kita mesti fahami dan menyedari bahawa agama asal an-Nasara dan al-Yahudi (sebelum diubah sepertimana sekarang ini) adalah juga agama samawi iaitu satu ajaran yang diturun oleh Allah melalui Nabi Isa dan Nabi Musa as kepada kaum mereka ahli kitab. Oleh itu, persamaan dalam beberapa aspek adalah normal.



Kristian hanya bertudung tatkala sembahyang

Bagaimanapun, realitinya tunjukkan berapa ramai Kristian dan Yahudi yang memakai ‘tudung’ secara terbuka? Anda patut sedar bahawa sifat tudung Kristian berbeza. Mereka hanya menutup kepala setiap kali ingin bersembahyang, sama ada di gereja atau rumah.

Ini bermakna jika dia tidak bersembahyang di rumah, kepalanya akan terdedah di kalangan tetamu lelaki yang tiada kaitan keluarga dengannya atau jika dia bersembahyang di rumah, kepalanya ditutup walau kepada suaminya dan keluarganya.

Kesimpulannya, jika perempuan Kristian hanya memakai ‘tudung’ ketika bersembahyang, tiada persamaan perlu diambil kira sebagaimana dakwaan pengendali blog popular itu.

Malah perkataan ‘untuk dikenali’ di dalam ayat tadi juga sebenarnya disalahtafsir oleh mereka.



Mereka Menulis:

Sekali lagi tiada disebut langsung fasal kepala (ru’usa) di dalam ayat ini atau muka (wujuh/wajh) Surah An-Nur ayat 31. Sila perhatikan perkataan ‘menarik pakaian luarannya ke atas dada mereka’.

Terjemahan bahasa Arabnya adalah seperti berikut: walyadribna (dan tutuplah) bi khumurihinna (dengan pakaian luarannya) ala (ke atas) juyoobihinna (dada mereka).

Wanita diperintahkan untuk menutup dada mereka. Itu saja. Ini sama dengan petikan Surah Al-Ahzab ayat 59 di atas, di mana wanita diperintah untuk melabuhkan pakaian mereka. Tiada langsung disebut kepala (ru’usa), muka (wujuh) atau rambut.

Jawapan balas

Allah berfirman, maksudnya: “Dan katakan pada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka melabuhkan kain tudung sehingga bahagian dada mereka, janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

Fahami erti ‘Khumur’. Mereka menafsirkan ‘al-Khumur’ secara tidak tepat, ini berpunca daripada kaedah terjemahan dan kefahaman yang dibuat secara harfiah (perkataan demi perkataan), kaedah terjemahan dan pemahaman sedemikian tidak akan dapat membantu anda memahami perkataan itu dengan betul.

Jika anda mampu memahami perkataan ‘al-Khumur’ dengan sebenar, ia akan memberi anda jawapan kepada soalan yang anda sendiri reka dan menjawab andaian salah yang anda cipta iaitu apabila anda berkata: “Tiada langsung disebut mengenai kepala atau rambut.“

Maksud sebenar khumur (tudung) adalah apa saja yang digunakan untuk menutup kepala. Manakala ‘juyub’ (kata ganda bagi jaibun) adalah bentuk dada yang tidak ditutup dengan kain. Oleh itu setiap wanita mesti menutup tidak hanya kepala mereka tetapi juga dada, termasuk leher, telinga dan segala bahagian badan yang boleh membuatkan golongan lelaki tertarik.

Untuk memahami teks al-Quran dengan betul, seseorang itu mesti menyelami dan mencari penggunaan istilah secara tepat di dalam bahasa Arab.

Dia harus tahu bagaimana cara istilah atau perkataan itu digunakan di dalam masyarakat Arab kerana al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab kepada masyarakat Arab waktu itu.

Disiplinnya adalah mudah saja dan ia terpakai untuk semua jenis bahasa di tempat masing-masing.

Contohnya, jika anda di United Kingdom, apabila orang tempatan berkata “It cost the earth“ (semahal bumi) maka secara semula jadi akan difahami ertinya iaitu ‘terlalu mahal’ dan apabila disebut “I hit the roof“ (saya sudah sampai ke atap) bererti sudah marah.

Sama seperti kes dalam ayat ini, apabila Allah menggunakan kalimah “khumur”, ia difahami oleh Nabi dan sahabat setempat ia bermaksud kain yang menutupi kepala. Ia dijelaskan sendiri oleh pakar tafsir di kalangan sahabat iaitu Ibn Abbas RA.

Justeru, ia sebenarnya tidak termasuk dalam kes takwil perkataan tertentu dalam ayat dan sepertinya. Malah ia termasuk dalam ilmu Usul Fiqh dalam perbincangan Ibaratun Nas, Dalalah an-Nas, Isyaratun Nas dan lain-lain.

Sebab itu ilmu Usul Fiqh wajib dikuasai bagi mereka yang ingin pergi mendalami dan memahami al-Quran. Tanpanya, anda perlu merujuk ulama yang pakar sama ada daripada tafsir ulama silam, kontemporari dan sebagainya.

Dari itu, adalah baik untuk mendapat pengetahuan mengenai cara hidup masyarakat Arab yang silam (terutama pada masa Nabi SAW) sebelum seseorang boleh memahami maksud sebenar sesuatu ayat.

Bagi memenuhi kehendak ini, merujuk kepada buku tafsir daripada imam tafsir adalah penting bagi mengelak diri kita daripada tersalah tafsir dan tersalah faham.

Justeru, apabila Allah SWT menyebut ‘Khumurihinna’, apa yang mesti kita fahami pertamanya; apakah yang dimaksudkan dengan ‘khumur’ dalam penggunaan yang difahami oleh Arab silam? Jawapannya ialah tudung yang menutupi kepala, rambut, telinga dan sebagainya.

Apabila seseorang menyebut “khumur“ di depan seseorang lain yang arif mengenai bahasa Arab, apakah yang dia akan faham? Sudah tentulah, tudung juga.

Fakta ini banyak dibahaskan oleh ulama Islam yang hebat seperti Imam At-Tabarii (wafat 301 Hijrah) di dalam tafsir yang terkenal, Jami al-Bayan dan juga Imam Ibn Katheer (Tafsir At-Tabari, 18/120; Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 3/285)

BERSAMBUNG MINGGU DEPAN

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker