» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Hasil aksesori jenama Apex






APEX Technology, syarikat pembekal komputer baru dan terpakai, meletakkan tempoh tiga tahun lagi untuk meningkat kedudukan syarikat itu sebagai antara pembekal peralatan komputer utama di negara ini selain mengeluarkan aksesori komputer di bawah jenama Apex.

Hafiz Hashemi berkata, hasrat itu akan disokong melalui penerokaan pasaran luar negara bermula dengan Indonesia selain usaha mewujudkan rangkaian usahawan komputer Bumiputera melalui pelbagai kerjasama dengan agensi kerajaan dan universiti tempatan.


“Bagi pasaran luar negara, Indonesia mempunyai potensi besar daripada segi permintaan terhadap komputer dan peralatannya. Syarikat berusaha meneroka pasaran itu di Mangga Dua, Jakarta pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, Apex Technology juga bakal mendapat suntikan modal melalui pinjaman Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berjumlah RM1 juta bagi pemerolehan lebih banyak peralatan baru dan skrap komputer dalam usaha meningkatkan stok dan memperluaskan pasaran komputernya.

“Bagi skrap komputer, kita berusaha mendapatkan bekalan daripada dalam dan luar negara, termasuk United Kingdom serta mengimport komponen baru dari China,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini syarikat yang berpangkalan di Medan Idaman Bussiness Centre, Gombak, Selangor itu mempunyai lima premis di Plaza Idaman, Gombak; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak, Selangor; Melaka; Tanah Merah, Kelantan; dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Selain itu, Apex Technology diperkukuhkan lagi melalui unit kedai bergeraknya di Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta sebuah kilang di Jalan Gombak.

Menurut Hafiz, set komputer kitar semula mempunyai pasaran besar, terutama di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Apex Technology boleh berkunjung ke laman web www.apextechnology.com.my. atau ibu pejabatnya di No 27A, Tingkat Satu, Jalan 4/21D Medan Idaman Bussiness Centre, Gombak, Selangor, atau e-mel apex_tech1@yahoo.com.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker