» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Amaran Ratu Elizabeth





RATU Elizabeth memberi amaran keras kepada Kate Middleton dan juga mereka yang memiliki hubungan dengan kerabat Britain, termasuk cucunya, untuk mula mencari kerja atau terbabit dalam kerja-kerja kebajikan demi melindungi nama baik keluarganya.

RATU Elizabeth memberi amaran keras kepada Kate Middleton dan juga mereka yang memiliki hubungan dengan kerabat Britain, termasuk cucunya, untuk mula mencari kerja atau terbabit dalam kerja-kerja kebajikan demi melindungi nama baik keluarganya.

Beliau yang dilapor muak melihat gambar ahli keluarga dan kekasih mereka mabuk ketika keluar dari kelab malam menuntut mereka supaya tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan dan juga kekayaan yang diberikan dan mula melakukan sesuatu yang bermakna untuk hidup mereka.


Hakikatnya, sejak remaja, Ratu Elizabeth terbabit dalam pelbagai tugas kemasyarakatan dan kebajikan dan ia diturunkan kepada anaknya.

Namun beliau bimbang ia tidak lagi menjadi pegangan generasi barunya.

Ratu Elizabeth dilapor berbincang dengan Putera Charles untuk memberi satu tugas kepada Putera William selepas beliau tamat menjalani latihan tentera pada tahun depan.

Manakala Putera Andrew dan Sarah Ferguson pula diarah bertemunya di Istana Balmoral untuk membincangkan tugas yang akan dilaksanakan Puteri Beatrice dan Eugiene.

Ia adalah kali pertama Sarah diminta datang ke istana sejak berpisah dengan Andrew pada 1992.

Kebimbangannya berpunca daripada dakwaan yang menyatakan anak cucunya kini hanya suka berfoya-foya.

PUTERA HARRY

Putera Harry memiliki reputasi suka berfoya-foya di kelab malam dan baru-baru ini menghabiskan RM35,000 dalam tempoh dua jam.

Namun beliau memaklumkan kepada datuknya, Putera Philip, gaya hidup liarnya kini sampai ke penghujung dan berjanji akan menghabiskan masanya dalam karier tentera dan juga kerja kebajikan.

“Harry dan datuknya sangat rapat dan Harry bersungguh-sungguh meyakinkan datuknya, beliau serius untuk melaksanakan tugas barunya,” kata sumber istana.

Baru-baru ini beliau menghabiskan masa membina penempatan di Afrika melalui Yayasan Kebajikan Sentebale yang diwujudkan untuk memperingati mendiang ibunya pada 2006.

Akhbar Britain turut melaporkan Harry mendesak untuk dihantar kembali ke Afghanistan selepas menghabiskan 10 minggu di situ awal tahun ini.

“Saya ingin kembali ke Afghanistan dan memaklumkannya kepada pemimpin tentera ingin ke sana secepat mungkin,” katanya.

CHELSY DAVY

Chelsy berpindah ke London, Februari lalu, selepas melancong selama tiga bulan ke seluruh Amerika Syarikat (AS). Teman wanita Putera Harry ini kini melanjutkan pelajar dalam jurusan undang-undang di Universiti Leeds selepas memperoleh ijazah politik dan ekonomi di Universiti Cape Town.

Meskipun terkenal dengan sikap liarnya dan sering dirakam dengan pakaian yang tidak menarik dan merokok, rakannya mendakwa gadis berusia 22 tahun ini sangat bijak dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya.

“Apabila beliau tidak bersama Harry, Chelsy sangat berdisiplin dan mampu menguruskan dirinya.

“Kami kagum dengan kemampuannya di dalam kelas berbanding dengan gaya hidupnya yang terlalu rumit,” kata seorang pelajar.

PUTERA WILLIAM

Latihan ketenteraannya akan berakhir tahun depan dan Ratu Elizabeth sudah berbincang dengan Putera Charles mengenai projek kebajikan yang akan diuruskannya.

“Keluarga kerabat berasa William calon tepat untuk mengendalikan projek membabitkan remaja tempatan, kemungkinan besar melalui yayasannya sendiri,” kata sumber istana.

Hakikatnya, William kini pengerusi lapan pertubuhan kebajikan.

“William akan kekal bersama dengan pertubuhan sedia ada, tapi pihak istana berharap beliau akan menghabiskan lebih banyak masa dengan tugas barunya.

“Beliau pasti tidak dapat bekerja dan satu-satunya tugas yang boleh dilaksanakannya adalah melaksanakan kerja kebajikan.”

KATE MIDDLETON

Rakan Kate Middleton menempelak mereka yang mendakwa Kate kini malas untuk bekerja selepas berhenti daripada syarikat rangkaian pakaian, Jigsaw, awal tahun ini.

Mereka mendakwa Kate kini bekerja dengan syarikat pesanan mel keluarganya.

Ratu Elizabeth turut mendesak Kate supaya membabitkan diri dalam pertubuhan kebajikan.

“Pihak istana bimbang Kate tidak bekerja,” kata sumber istana.

Namun rakannya pantas menafikan dakwaan itu.

“Kate kini bekerja untuk syarikat bapanya sepenuh masa. Kerjanya itu memberi beliau masa lebih fleksibel, selain menyelamatkannya daripada tumpuan orang ramai ketika William masih meneruskan latihannya.”

ZARA PHILLIPS

Meskipun tidak memiliki kerja tetap, Zara menurut jejak ibunya, Putera Anne menceburi bidang ekuestrian. Beliau berjaya muncul juara dunia dan menerima anugerah MBE sebagai menghargai pembabitannya dalam sukan itu.

Zara berkata, beliau lebih rela terkenal kerana bakatnya dalam sukan ini berbanding statusnya sebagai ahli kerabat diraja Britain.

“Mereka adalah keluarga saya, tapi saya gembira kerana dikenali melalui bidang lain,” kata puteri berusia 27 tahun itu.

Beliau yang memiliki ijazah dalam bidang rawatan otot turut bekerja di ladang menternak kuda. Namun, sejak tahun lalu beliau menghabiskan masanya berlatih untuk Sukan Olimpik Beijing. Malangnya, beliau terpaksa menarik diri selepas kudanya, Toytown cedera.

Zara turut menyelar mereka yang mendakwa kerabat Britain pemalas dan menegaskan ahli senior keluarganya sentiasa bekerja keras.

PUTERI BEATRICE

Puteri Beatrice, 20, bercuti selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen dan tekstil di Universiti Goldsmith, London bulan lalu.

Selain melancong, beliau turut bekerja sambilan di beberapa tempat, termasuk menjadi pembeli VIP di Selfridges dan pengganti wartawan laman web Financial Times.

Beatrice berhasrat memulakan jenama fesyennya, Bobcat. Beliau turut dijangka menjawat jawatan rasmi di istana, mungkin bersama pertubuhan kebajikan.

Penasihat dua pertubuhan kebajikan itu dijangka melawat rumah anak yatim di Romania, hujung tahun ini.

“Sarah ingin anaknya menjalani hidup orang awam tapi beliau pasti menyokong jika Beatrice terbabit dalam kerja kebajikan secara rasmi,” kata sumber istana.

PUTERI EUGENIE

Puteri Eugenie dilihat menurut jejak kakak dan juga sepupunya.

Gadis berusia 18 tahun itu menghabiskan masa cutinya dengan melancong dan dirakamkan dalam keadaan tidak terurus ketika meraikan keputusan peperiksaan A Levelnya di beberapa kelab malam London.

Jun lalu, Eugenie didenda pengetua di sekolah asrama eksklusif di Wiltshire selepas beliau ditangkap berbogel dalam keadaan mabuk di perkarangan sekolah itu.

“Eugenie perlu diperhatikan. Beliau suka berfoya-foya dan tahu bagaimana melakukannya. Beliau terlalu liar,” kata rakannya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker