» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Kriminal: Rakam aksi seksa mangsa

Susunan FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my



WANITA dikerat buah dadanya, diikat dan dirogol, manakala bayi serta lelaki dibunuh kejam. Itu corak jenayah yang dilakukan lelaki kelahiran Hong Kong, Charles Chitat Ng ke atas ramai mangsa tidak berdosa pada awal 1980-an.

Laporan menyatakan sekurang-kurangnya 25 maut di tangan lelaki yang menetap di California, Amerika Syarikat (AS) itu bersama rakannya, Leonard Lake.


Dalam setiap kes, Ng bersama Lake menculik mangsa dan membawa mereka pulang ke tempat tinggal Lake di Wilseyville, California. Di situ, mangsa diseksa sebelum dibunuh dan kemudian mayat serta bukti yang ada ditanam di sekitar kawasan berkenaan.

Ada laporan menyatakan, sesetengah mayat dibakar selain dikerat beberapa bahagian. Menurut pihak berkuasa, kedua-dua penjenayah terbabit bukan hanya merogol dan menyeksa wanita, tetapi turut memenjara mereka di rumah berkenaan untuk dijadikan hamba seks.

Ketika melakukan seksaan, Ng merakam perbuatan itu, malah memaksa mangsa menuruti kehendaknya. Dalam satu pita rakaman yang diperoleh pihak berkuasa menunjukkan bagaimana lelaki itu menyeksa seorang mangsa.

Benda O’Connor, 20, jiran Lake, dilaporkan hilang pada April 1985 bersama dua anaknya, Lonnie Bond, 2; dan Lonnie Bond Jr, 1 tahun. Rakan Benda, Robin Scott Stapley turut dilaporkan hilang.

Dalam satu pita yang ditemui, polis menunjukkan aksi Ng memotong buah dada wanita itu serta membunuh kedua-dua anaknya dan Stapley. Bagaimanapun, aksi Ng membunuh bayi dan Stapley tidak diceritakan.

Ng dipetik polis dalam pita itu sebagai berkata, “Awak boleh menangis atau melakukan perbuatan lain seperti itu, namun ia tidak membantu, saya tahu apa yang hendak dilakukan.”

Pita lain pula menunjukkan bagaimana Lake memaksa mangsa, Kathleen Allen, 18, sama ada bersetuju menjadi hamba seks atau diikat, dirogol, ditembak serta dibakar seperti yang berlaku kepada mangsa lain.

Bagaimanapun, Kathleen menjadi mangsa bunuh lelaki terbabit apabila mayatnya ditemui dikerat dan ditanam di sekitar rumah Lake. Selain Kathleen, ramai lagi mangsa dilapor menjadi ‘bahan’ Ng dan Lake.

Menyingkap sejarah hidup lelaki kejam itu, Ng anak ahli perniagaan berjaya di Hong Kong menghadapi masalah sejak kecil, meskipun dilimpahi pelbagai kemewahan.

Ng sering menimbulkan masalah di banyak sekolah yang didaftarkan sehingga bapanya mengambil langkah akhir dengan menghantarnya ke sebuah sekolah aliran Bahasa Inggeris.

Beberapa bulan di sekolah itu, Ng dikenakan tindakan disiplin selepas didapati mencuri barangan milik pelajar lain serta harta sekolah.

Pada 1979 ketika usianya 18 tahun, Ng memohon visa untuk melanjutkan pengajian di AS. Namun, dia hanya bertahan satu semester di Kolej Notre Dame, Belmont California.

Pada Oktober tahun sama dia tiba di AS, Ng mula membuat perangai apabila terbabit dalam jenayah curi dan pergaduhan sehingga ditahan polis. Tidak lama kemudian dia memohon kerja sebagai tentera marin AS.

Ng sebenarnya tidak layak memohon kerja itu kerana bukan warganegara, namun dalam borang permohonannya dia menulis tempat kelahirannya di Bloomfield, Indiana.

Tidak sampai dua tahun berkhidmat, Ng dinaikkan pangkat ke Lans Koperal, namun pada masa sama dia terbabit dalam kes kecurian senjata milik tentera ketika bertugas di kem Kaneohe Marine Base di Hawaii.

Ng ditahan dan dimasukkan ke penjara tentera, namun berjaya meloloskan diri dan lari ke California, sekali gus berjumpa Leonard Lake. Begitupun, tentera berjaya menahannya dan dia dikenakan hukuman penjara tiga tahun di Leavenworth.

Selepas dibebaskan, Ng mencari Lake semula dan sejak itu mereka berpakat melakukan jenayah mencuri, merogol dan membunuh yang dilakukan di rumah Lake.

Sepanjang melakukan jenayah bersama, tidak seorang pun tahu atau mengesyaki perbuatan mereka sehingga Lake ditahan pada 1985 atas tuduhan mencuri.

Ketika dalam tahanan, Lake membawa sekali diari yang mencatat rancangan menculik dan menyeksa wanita, termasuk lokasi penjara tempat mereka dijadikan tahanan.

Berikutan itu polis melancarkan siasatan, termasuk menggeledah rumah Lake untuk mendapatkan bukti. Mereka bukan saja menemui tubuh manusia yang dibakar, tetapi serpihan tulang dan tengkorak manusia di sekeliling rumah lelaki itu, selain senjata api dan peralatan menyeksa.

Bedah siasat mendapati serpihan tulang itu merangkumi mayat lelaki, wanita dan bayi. Seakan tahu dirinya jadi buruan, Ng lari ke Chicago sebelum ke Kanada.

Di Kanada, Ng terbabit dengan jenayah curi selain kes rompakan senjata api dan cubaan membunuh. Dia ditahan dan selepas enam tahun dibawa ke AS melalui tuntutan ekstradisi pada 1991 bagi menghadapi perbicaraan.

Sejak dibicarakan sehingga 1999, Ng menimbulkan pelbagai masalah seperti kerap memecat berbelas peguam sama ada pilihan sendiri atau mahkamah; meminta hakim diganti dan dianggarkan enam hakim terpaksa ditukarkan selain meminta pertukaran tempat perbicaraan.

Menurut laporan, dianggarkan AS$10 juta (RM35 juta) dikeluarkan California untuk mendakwa dan membela lelaki itu sepanjang tempoh 13 tahun kesnya berjalan bermula daripada dicari, ditahan dan dibicarakan.

Seorang pegawai pihak berkuasa berkata, kes itu adalah paling lama dan mahal pernah dikendalikan di kawasan terbabit.

Perbicaraan berlangsung lapan bulan dan dalam tempoh dua jam mahkamah membuat keputusan Ng bersalah atas tuduhan membunuh enam lelaki, tiga wanita dan dua bayi, sekali gus dijatuhi hukuman mati yang dijalankan di Penjara San Quentin State.

Info
NAMA: Charles Chitat Ng
USIA: 38 tahun (Pada 1999)
LAHIR: 24 Disember 1960 di Hong Kong
JENAYAH: Didakwa atas tuduhan membunuh bersama rakannya, Leonard Lake dengan jumlah mangsa dilaporkan sekurang-kurangnya 25 orang di Amerika Syarikat pada awal 1980-an
HUKUMAN: Pada 1999, mahkamah mendapati Ng bersalah atas tuduhan membunuh enam lelaki, tiga wanita dan dua bayi lelaki, sekali gus dijatuhi hukuman mati yang dijalankan di Penjara San Quentin State, sementara Lake membunuh diri dengan menelan pil beracun pada 1985 ketika dalam tahanan polis di San Francisco.
ANTARA MANGSA:

  • Kathleen Allen dan teman lelaki, Michael Carroll
  • Benda O’Connor bersama dua anaknya, Lonnie Bond dan Lonnie Jr
  • Harvey Dubs, Deborah Dubs dan bayi mereka, Sean Dubs
  • Robin Scott Stapley
  • Donald Giuletti
  • Paul Cosner

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :


     
    VARIASI

    Bestari

    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    deko
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker