» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Karisma: Sasar pulangan RM10 juta






MILLION Solutions Holdings (M) Sdn Bhd (Million Solutions) mensasarkan pulangan RM10 juta sehingga hujung tahun ini.

Wan Mohd Azim Wan Mohd Ali berkata, sasaran itu bersandarkan kepada perkembangan syarikat yang memberangsangkan ketika ini.


“Pada 2007, dengan enam kakitangan, Million Solutions memperoleh pulangan RM1.47 juta. Dengan 25 kakitangan dan perkembangan pesat syarikat tahun ini sehingga September lalu, kita mencatat pulangan RM4 juta.

“Justeru, saya optimis sasaran RM10 juta sehingga hujung tahun ini mampu dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, pemerolehan 50 peratus pegangan Million Solution ke atas Jetshen Kitchen Design (Jetshen Kitchen) April lalu dijangka menjana jualan bernilai RM9.4 juta oleh syarikat pembekal kelengkapan dan hiasan dalaman dapur itu pada tahun depan.

Wan Mohd Azim berkata, unjuran pulangan itu dibuat melalui jualan lima cawangan Jetshen Kitchen, termasuk tiga lagi yang akan dibuka di sekitar Lembah Klang pada tahun depan.

Katanya, buat masa ini Jetshen Kitchen beroperasi di Seksyen 18, Shah Alam, Bukit Tinggi, Klang, Rawang, Kajang dan Taman Samudra, Batu Caves.

“Jetshen Kitchen yang menyediakan khidmat rekaan dan hiasan dalaman perabot pasang siap, kabinet dapur, lepa siling, kerja mengecat serta pemasangan jubin dan granit dijangka mencatatkan jualan RM9.4 juta pada tahun depan.

“Unjuran jualan ini dibuat berdasarkan perancangan syarikat dan strategi pemasaran selain sokongan dan pengaruh Million Solution yang sedia memiliki hubungan dengan pelanggan pelbagai peringkat,” katanya.

Memperkatakan mengenai SK Glorious Holdings (M) Sdn Bhd pula, Wan Mohd Azim berkata, buat masa ini syarikat berkenaan menawarkan 50 unit perabot istimewa edisi terhad yang setiap satunya direka cipta khusus bagi menepati cita rasa dan imej pelanggan kelas atasan.

“Perabot seperti meja kopi, troli atau meja sisi adalah produk unik yang ditawarkan oleh SK Glorious boleh menjadi kebanggaan dan melambangkan prestij dan status sosial pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, pengeluaran kedua sebanyak 88 unit perabot istimewa edisi terhad kini diusahakan, manakala 133 unit dijangka ada di pasaran pada tahun depan.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai Jetshen Kitchen boleh melayari laman web www.jscabinets.com.my atau menghubungi Million Solutions di No 44B, Jalan Pluto AY U5/AY, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor atau talian 03-78430069, faks 03-78430068 atau e-mel mshsb@streamyx.com.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker