» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Karisma: Kejutan Wan Mohd Azim

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my



DUA tahun lalu pejabatnya hanya ruang tamu rumah rakan yang disewa dengan kadar RM200 sebulan. Wang dalam poket untuk modal berniaga pula boleh dikatakan ‘cukup makan’ kerana hanya memiliki RM5,000.

Namun, hari ini tidak keterlaluan dikatakan dia dikagumi, malah dicemburui. Betapa tidak, pada usia 26 tahun beliau mampu memiliki empayar perniagaan sendiri dengan pulangan jutaan ringgit setahun.


Itu pencapaian membanggakan diraih Pengarah Urusan Million Solutions Holdings (M) Sdn Bhd (Million Solutions), Wan Mohd Azim Wan Mohd Ali yang berani membuka perniagaan sendiri seawal usia 24 tahun.

Memilih perniagaan rekaan dalaman, perabot dan hiasan dapur, Wan Mohd Azim membuktikan usia muda bukan halangan untuk dia muncul sebagai antara usahawan Bumiputera yang disegani di negara ini.

Hanya dalam tempoh dua tahun, empayar perniagaannya terus berkembang pesat dengan kewujudan anak syarikat Million Rescue (M) Sdn Bhd yang menyediakan khidmat selepas jualan, Million Dome (M) Sdn Bhd sebagai perunding rekaan dalaman dan Gerobok Design Sdn Bhd selaku pereka jualan perabot pasaran terus yang dikenali sebagai Jetshen Kitchen Design.

Million Solutions juga bekerjasama dengan sebuah syarikat berprestij, SK Glorious Holdings (M) Sdn Bhd yang diterajui Tengku Shahrain Shah Tengku Sulaiman Shah selaku syarikat pembekal produk perabot tempahan khas bagi memenuhi pasaran kelas atasan dan berstatus tinggi.

Daripada terkontang-kanting seorang diri, Wan Mohd Azim kini mampu bergelar ‘bos’ kepada 25 kakitangannya.

Bagi anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, kejayaan diperoleh tidak semudah disangka kerana dia bermula dari bawah.

“Sebelum membuka perniagaan sendiri, saya bekerja dengan abang saya yang membuka perniagaan hiasan dalaman dan perabot. Walaupun syarikat keluarga sendiri, saya tidak terus menjawat jawatan tinggi, sebaliknya bermula sebagai pegawai jualan.

“Hanya selepas tiga tahun baru saya naik pangkat secara berperingkat-peringkat sehingga sampai ke tahap pengurus atas usaha sendiri,” katanya.

Menurut Wan Mohd Azim, walaupun boleh dikatakan selesa, dia mahu membuka perniagaan sendiri sehingga sanggup berhenti kerja.

Katanya, ketika berhenti kerja, tujuh syarikat menawarkannya pekerjaan dengan gaji lumayan, tetapi dia menolaknya kerana bertekad mahu berniaga sendiri.

“Untuk memulakan perniagaan, modal besar sering dianggap penentu kejayaan. Bagaimanapun, saya beranggapan sebaliknya, kerana untuk berjaya dalam perniagaan ia memerlukan kebolehan dan kemampuan menjalin hubungan baik dengan semua orang.

“Fikiran saya terarah ke tanggapan seperti itu kerana saya gemar membaca buku berkaitan motivasi. Saya juga kerap mendengar ceramah dan kata nasihat daripada penceramah motivasi,” katanya yang menjadikan penceramah motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sebagai idola.

Wan Mohd Azim berkata, disebabkan itu, walaupun hanya mempunyai modal RM5,000 dia berani membuka perniagaan sendiri.

“Saya manfaatkan sepenuhnya wang itu untuk menyewa ruang tamu rumah rakan, membeli komputer, alat tulis dan selebihnya wang petrol.

“Cabaran saya ketika itu ialah saya tiada lesen kontraktor, menyebabkan saya tidak berpeluang menyertai tender dikeluarkan kerajaan. Bagaimanapun, bersandarkan ilmu dan pengalaman yang ada, saya bekerja keras mencari pelanggan sendiri dan hanya selepas dua bulan memulakan perniagaan, saya berjaya mendapatkan kontrak rekaan dalaman mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Menurut Wan Mohd Azim, kejayaan itu membuatkan semangatnya berkobar-kobar untuk terus cemerlang dalam perniagaan dan dia mengorak langkah membuka anak syarikat.

Katanya, dia bersyukur diberi rezeki sedemikian rupa dan disebabkan itu dia mahu berkongsi rezeki diperoleh bersama rakannya.

“Saya buka anak syarikat dan serahkan kepada rakan untuk menguruskannya. Ada rezeki lebih, apa salahnya kongsi dengan rakan.

“Dalam keadaan perniagaan semakin maju, saya tidak teragak-agak mengikuti seminar perniagaan, tidak kira di dalam dan luar negara. Walaupun sesetengah seminar itu memerlukan saya mengeluarkan belanja sehingga ribuan ringgit, saya tidak kisah kerana manfaatnya sangat besar,” katanya.

Ditanya mengapa memilih rekaan dalaman dan perniagaan berkaitan perabot serta kelengkapan rumah, Wan Mohd Azim berkata, sejak kecil dia didedahkan dengan persekitaran perniagaan itu.

“Sejak darjah enam, apabila tiba musim cuti sekolah, saya akan ke Kuala Lumpur untuk membantu abang (Wan Azizi Wan Mohd Ali) di kilang perabotnya (KJcraft). Saya turut ‘turun padang’ ke lokasi abang saya menjalankan kerja rekaan dalaman pelanggannya.

“Daripada situ saya mula meminati, seterusnya memahami serta mahir mengenai rekaan dalaman dan perabot sehingga meletakkan azam mahu menjalankan perniagaan seperti itu satu hari nanti. Alhamdulillah, impian saya kini tercapai,” katanya yang bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor tahun depan.

Apa dikecapi Wan Mohd Azim sememangnya satu kejayaan buat dirinya, tetapi anak bongsu enam beradik itu mahu terus agresif dalam perniagaan.

“Impian saya ialah bergelar jutawan ketika usia 28 tahun dan kini saya di landasan terbaik untuk menggapai impian itu,” katanya.

PROFIL
NAMA: Wan Mohd Azim Wan Mohd Ali
UMUR: 26 tahun
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Pemasaran) Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (kini Management & Science University (MSU), (2007) dan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), (2001)
JAWATAN: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif
SYARIKAT: Million Solutions Holdings (M) Sdn Bhd, Million Rescue (M) Sdn Bhd) Million Dome (M) Sdn Bhd, SK Glorious Holdings (M) Sdn Bhd dan Gerobok Design Sdn Bhd (Jetshen Kitchen Design)

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker