» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Besar semula jadi





PADA usia baru 14 tahun, berat Samantha-Jane Stacey mencapai 127 kilogram (kg). Menurut bapanya, Warren Stacey, Samantha-Jane memang ditakdirkan menjadi ahli sumo kerana memiliki bakat semula jadi untuk sukan itu.

PADA usia baru 14 tahun, berat Samantha-Jane Stacey mencapai 127 kilogram (kg). Menurut bapanya, Warren Stacey, Samantha-Jane memang ditakdirkan menjadi ahli sumo kerana memiliki bakat semula jadi untuk sukan itu.

Ketika ini Samantha-Jane menumpukan perhatiannya kepada Kejohanan Gusti Sumo Dunia yang bakal diadakan di Estonia, hujung bulan ini.


Ketika sukan sumo dibayangi pelbagai skandal, Samantha-Jane yakin dia tidak melakukan kesilapan apabila terjun ke bidang itu.

Kini dikenali dengan gelaran Sammy Sumo, Samantha-Jane menggiatkan usaha menguasai segala kemahiran sukan itu dan pada masa sama mengamalkan pemakanan tepat bagi mengekalkan bentuk badan sesuai.

Berbekalkan formula makanan kesihatan Weetbix dan lasagna, Samantha-Jane juga menjadikan pisang serta strawberi sebagai sajian sarapan. Makan malamnya pula adalah sandwic dan salad ayam.

“Saya tak kisah dengan keadaan badan saya yang besar, malah berbangga kerana dapat mewakili Australia dalam sukan sumo,” katanya.

Dia menghabiskan masa berjam-jam setiap hari berlatih dengan abangnya, Blake, sebagai persiapan menghadapi kejohanan dunia.

Antara lain, katanya, dia perlu menguasai teknik bertarung dan mengawal badan ketika jatuh. “Ia penting untuk mengelak kecederaan,” katanya.

Bagaimanapun, yang lebih dibimbangi Samantha-Jane berbanding lawannya nanti ialah tempoh perjalanan selama 32 jam dari Australia ke Estonia.

“Saya yakin, dengan kaedah latihan betul, saya dapat menempuh semua cabaran,” katanya.

Pembabitan Samantha-Jane dalam sumo sebenarnya secara kebetulan.

Disebabkan Blake terbabit sebagai ahli sumo, Samantha-Jane sering membantu abangnya mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai sukan berkenaan.

Dia menghabiskan masa bersama Blake menonton video sumo, selain rajin mencari maklumat tambahan mengenainya di Internet.

Pada satu hari, Samantha-Jane menjadi rakan pelatih Blake dan aksinya menarik perhatian jurulatih.

“Jurulatih itu bertanya sama ada saya mahu mengambil bahagian dalam pertandingan yang bakal disertai Blake pada ketika itu.

“Saya memberanikan diri dan sejak itu saya menjadi sebahagian daripada atlit sumo,” katanya.

Sebenarnya, kata Samantha-Jane, seorang ahli sumo tidak semestinya memiliki badan yang terlalu besar.

Ketika peringkat awal pembabitannya, dia tidak cuba menaikkan berat badannya, tetapi menumpukan perhatian kepada disiplin pemakanan seimbang.

Katanya, pemakanan yang betul membolehkan seseorang mempunyai stamina ketika bertarung.

“Saya budak perempuan berbadan besar secara semula jadi, jadi tak perlu makan berlebihan,” katanya.

Menurut Warren, fizikal besar Samantha-Jane diwarisi daripada bapa saudaranya yang memiliki ketinggian lebih dua meter dan berat sehingga 200 kg.

“Nampaknya keadaan fizikal besar itu menurun kepada anak saya,” katanya.

Sementara itu, Samantha-Jane berkata, dia memang diawasi pakar perubatan bagi memastikan tidak kehilangan berat badan.

“Kesannya, saya kelihatan gemuk, tetapi saya tidak mempedulikannya kerana semua makanan diambil adalah dikawal serta sihat,” katanya. — Agensi


Antara skandal sumo

  • Tiga atlit didakwa di mahkamah kerana memukul rakan mereka sehingga mati pada Jun 2007. Kejadian itu menggemparkan semua pihak apabila bapa mangsa mendedahkan, tubuh pelatih muda itu mengalami kesan kecederaan teruk. Ketiga-tiga tertuduh berusia 20-an, didakwa memukul mangsa dengan batang besi ketika berlatih. Sehari sebelum itu, mereka turut memukul mangsa dengan botol arak dan kayu. Peguam bela mendakwa, suspek bertindak atas arahan jurulatih mereka. Walaupun menafikan kenyataan tertuduh, jurulatih terbabit dipecat dan masih dibicarakan.

  • Dua atlit sumo Russia positif dalam ujian dadah dan disingkir daripada sukan itu bulan lalu.

  • Seorang lagi ahli sumo Russia, Wakanoho, ditahan pihak berkuasa kerana memiliki dadah.

  • Sukan sumo juga didakwa dibelenggu masalah judi kerana kebanyakan perlawanan diatur bookie. Wakanoho turut mengaku mendapat keuntungan daripada kegiatan itu.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :


     
    VARIASI

    Bestari

    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    deko
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker