» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ekspresi

Ekspresi Makan-makan: Taruhan Kerisik

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my



JIKA berkunjung ke Restoran Kerisik yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pasti mata rambang melihat lebih 40 menu ala carte istimewa yang disediakan untuk pengunjungnya.

Pilih apa saja menu yang disediakan, ia sedap dan menyelerakan, bahkan pasti mengundang kepuasan ketika menikmatinya, sama ada memilih hidangan kampung, ala Thai atau Barat.


Namun begitu, dua menu utama yang menjadi pertaruhan pemiliknya, Mas Hasfarizan Jumari, ialah hidangan nasi gulai kerisik dan nasi kukus kerutuk.

Dua menu yang berasal dari negeri Pantai Timur ini menjadi tarikan utama restoran berkenaan kerana ia menjanjikan kelainan kepada pengunjung dengan cara penyediaan berasaskan rempah tradisional menggunakan kelapa goreng ditumbuk dan digiling.

Pelanggan boleh memilih nasi gulai kerisik yang disediakan dengan kuah rempah kerisik yang menyelerakan, atau memilih hidangan nasi kukus yang dihidangkan dengan ayam goreng menggunakan rempah sama.

Menariknya, kedua-dua menu berkenaan disajikan dengan ayam kampung tua, atau pelanggan juga boleh memilih burung puyuh sebagai lauk pilihan. Jadi, tidak hairan jika ia menjadi pilihan popular pengunjung, terutama penggemar hidangan kampung tradisional, kerana ia jarang ditemui sekitar ibu kota.

Hasfarizan berkata, resipi setiap menu yang disediakan untuk hidangan di situ adalah hasil pengalamannya dalam bidang katering sejak 2005.

“Apa pun hidangan yang berasaskan ramuan moden, ia tidak setanding dengan sajian menggunakan ramuan tradisional. Sebab itu saya memilih rempah kerisik sebagai asas kepada hidangan istimewa di sini.

“Ia menambah keenakan sajian, malah mudah diterima sesiapa saja jika sajian itu benar-benar dibuat dengan cara kampung dan tradisional tanpa tokok tambah,” katanya yang baru membuka restoran pada 21 Mei lalu.

Menurutnya, selain dua hidangan istimewa itu, menu pilihan lain termasuk aneka masakan ala Thai seperti tomyam, pelbagai sajian nasi goreng dan masakan Barat seperti spagetti bolognause, carbonar, kambing panggang, ‘chicken chop’, ‘fish and chip’ serta stik daging.

Bagi hidangan ‘chicken chop’, paling istimewa ialah sajian ‘chicken chop 1977’. Ia disediakan dengan kuah istimewa yang dicipta Hasfarizan menggunakan sos buatan sendiri, aneka rempah dan disediakan ala hailam.

“Kuahnya lain daripada lain kerana manis, tapi tidak keterlaluan sangat rasanya. Saya memilih 1977 sebagai nama hidangan ini sempena tahun kelahiran saya,” katanya.

Mengenai minuman pula, antara yang istimewa ialah teh halia telur burung puyuh yang juga baik sebagai amalan minuman kesihatan. Ia disediakan menggunakan telur burung puyuh yang dikacau bersama teh dan halia.

Selain itu, ada aneka pilihan air kisar yang menarik seperti air kisar cowboy, sicily strawberry dan tuscani. Setiap minuman ini disediakan menggunakan ais krim, kacang dan biskut ‘oreo’.

Restoran ini juga menyediakan menu makanan ringkas dipanggil ‘lite and easy’ sebagai pilihan pengunjung. Antara hidangan itu ialah mi hailam istimewa, rojak buah, lontong, bubur manis, cendol, roti jala dan aneka pencuci mulut.

Antara lain, dekorasi restoran adalah gabungan tradisional dan hiasan ringkas. Ia sesuai untuk kunjungan individu dan keluarga serta mampu memuatkan 80 pengunjung.

Menurut Hasfarizan, selain mengadakan khidmat katering, pihaknya menerima tempahan dalaman untuk sambutan majlis korporat, persendirian atau majlis ringkas seperti sambutan hari lahir.



Mi Char Hor Sun

Bahan:


1. Bihun dan kueh tiau

2. Udang dan sotong

3. Bunga kubis

4. Kailan

5. Lobak

6. Cendawan hitam

7. Kubis bulat

8. Telur

9. Bawang putih

Cara memasak:

Goreng bihun dan kuetiau dengan menggunakan kicap pekat. Asingkan ia dalam pinggan , kemudian tumiskan udang dan sotong untuk bersama bawang putih.

Apabila bahan yang ditumis masak, masukkan sedikit air. Ketika air mulai mendidih, masukkan pula bunga kubis, kailan, lobak, cendawan hitam dan kubis bulat.

Biarkan ia selama beberapa minit, kemudian gaul masakan dengan telur. Akhir sekali, masukkan bahan perasa seperti garam secukup rasa. Apabila masak, campurkan dengan bihun dan kueh tiau tadi.

MAKANAN

1. Nasi gulai kerisik - RM6.90

2. Nasi kukus kerutuk - RM7

3. Sup Tulang - RM6

4. Lontong - RM5

5. ‘Chicken Chop’ 1977 - RM12.90

6. Spagetti Bolognause - RM12.90

7. Bubur manis - RM2.50

MINUMAN

1. Teh halia telur puyuh - RM2

2. Air kisar ‘cowboy’ - RM6.50

3. Air kisar ‘Sicily Strawberry’ - RM6.50

4. Jus oren - RM4

WAKTU OPERASI: Setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 12 malam.

ALAMAT: 21-G dan 21-2, Jalan Wangsa Delima 10, D’Wangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker