DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :
Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my
|
Belai setiap hari
SAYA berumur 43 tahun. Saya dapati alat sulit saya semakin mengecil berbanding dulu. Nafsu seks saya juga berkurangan. Apakah tindakan yang saya boleh lakukan? Saya ahli sukan tetapi sejak akhir-akhir ini saya cuma bersukan dua atau tiga kali sebulan.
ABDULLAH Kuala Kubu Baru
Ketika muda, keadaan zakar berbeza. Ia lebih mantap dan kelihatan sempurna. Kini apabila umur anda mencecah 40 tahun ke atas, kedudukan zakar berbeza. Jika anda mahu anggota kelamin anda kelihatan lebih ‘ceria’, anda boleh lakukan seperti apa yang disyorkan oleh Imam Al-Nawawi dalam penjagaan anggota kelamin lelaki supaya lebih cergas dan bermaya, seperti berikut:
Membelai penghujung anggota sulit dengan sentuhan lembut menggunakan krim pelembap setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Perkara ini perlu dilakukan setiap hari. Memandangkan anggota kelamin sensitif kepada sentuhan, melakukan sentuhan belaian yang kerap dapat membina semangat anggota itu. Tetapi bukan melancap!
Saya ada menjalankan satu kajian mengenai krim perapi anggota kelamin lelaki bernama virile dan saya dapati krim itu dapat membantu memejalkan anggota sulit yang kecut dalam masa terdekat.
Krim ini sudah menjalani ujian klinikal, ujian kestabilan dan ujian dermatologikal di mana ia didapati selamat dan mujarab.
Ada juga krim pelbagai jenama dan ramuan yang tidak pernah menjalani ujian klinikal atau ujian lain, tetapi saya tidak syorkan krim berkenaan.
Jika tersalah krim, macam-macam masalah boleh berlaku seperti penyakit kulit, kerosakan otot zakar atau kesan sampingan yang lebih serius.
Selain membelai anggota kelamin dengan lembut, anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Jaga berat badan, elak merokok, tidak mengambil minuman keras dan amalkan senaman berkala.
Senaman dapat menyegarkan badan dan mengekalkan tahap hormon testsoterone dan hormon ketumbesaran. Senaman dan jaga badan dapat mengurangkan lemak di perut yang akan mengakibatkan alat kelamin terbenam.
|
|