» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Tanya Pakar » Doktor Sakit Tuan

Doktor Sakit Tuan DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

Kesan ubat tiroid


SOALAN

SAYA menghidap tiroid sebulan selepas isteri saya keguguran. Saya diberi rawatan radioiodin (rawatan nuklear) dan sehingga sekarang saya diberi ubat tyrosin untuk mengekalkan sistem tiroid saya. Sebelum itu saya diberi ubat Carbimazol.


Adakah penghidap tiroid susah mendapat zuriat dan ubat tyrosin memberi kesan pada sperma saya?

AZAM
Cheras, Kuala Lumpur

JAWAPAN


Kelenjar tiroid terletak di depan leher dan beratnya kira-kira 25 gram. Kelenjar Ini tidak kelihatan kecuali jika ia membesar dan masalah ini jarang berlaku di kalangan lelaki.

Tahap hormon tiroid yang tinggi boleh menyebabkan anda kurang subur. Ini kerana peningkatan hormon Prolactin yang keluar dari kelenjar Pituitari yang peningkatannya dirangsang oleh hormon tiroid yang meningkat itu.

Secara tidak langsung hormon tiroid menekan produksi sperma akibat penurunan hormon kesuburan FSH yang disebabkan oleh Hormon Prolactin yang meningkat akibat peningkatan hormon tiroid itu.

Memandangkan anda kini sihat, iaitu hormon tyroid dalam keadaan terkawal, kemungkinan besar kesuburan anda tidak terjejas.

Untuk kepastian, anda perlu menjalani ujian air mani. Jika profil sperma anda sihat iaitu bilangan sperma normal dan sperma aktif dan berbentuk normal, itu bermakna anda mempunyai tahap kesuburan yang sempurna.

Mungkin isteri anda perlu menjalani ujian kesuburan memandangkan beliau pernah gugur, mungkin doktor boleh lakukan pemeriksaan sesuai iaitu mengesan sebab dia gugur.

Ujian ini biasanya dilakukan jika wanita itu gugur lebih dua kali. Pemeriksaan yang dimaksudkan termasuk ujian kebakaan untuk anda dan isteri.

Ujian darah mengesan jika anda menghidap jangkitan kronik yang boleh menyebabkan keguguran janin dan ujian x-ray rahim (HSG) untuk mengetahui jika rahim sihat dan berbentuk normal.

Jangan putus asa. Berusaha bersungguh-sungguh dan pastikan anda dan isteri kerap melakukan hubungan seksual ketika isteri dalam waktu subur dan dapatkan rawatan susulan jika isteri masih gagal mencapai kehamilan.

Kini ada teknologi bantuan konsepsi seperti IUI atau penyemaian sperma yang diproses ke dalam rahim isteri ketika dia dalam waktu subur dan kaedah bayi tabung.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker