» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Tanya Pakar » Doktor Sakit Tuan

Doktor Sakit Tuan DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

Berlaku kesilapan ketika berkhatan


SOALAN

SAYA ada masalah zakar yang tidak mempunyai kepala selepas berlaku kesilapan ketika berkhatan. Zakar saya terhad untuk memanjang disebabkan pegawai perubatan di sebuah klinik memotong hanya sebahagian kulit zakar dan terus menjahitnya.


Ketika kecil saya mengalami masalah kulit zakar melekat pada kepala zakar. Apa patut saya lakukan?

WAN TOI
Marang, Terengganu


JAWAPAN


Anggota kelamin lelaki atau ‘penis’ atau zakar mempunyai bahagian penghujung lembut dan ditutupi kulit yang bergelar kulup. Kulit penutup ini dibedah buang dalam prosedur berkhatan atau pembedahan ‘circumcision’.

Dalam keadaan biasa yang mana kulup itu mudah dilucut atau ditarik untuk mendedahkan kepala zakar, mudah untuk kulit kulup itu dibuang.

Apabila kulit kulup itu melekat kepada kepala zakar dan payah dilurutkan, sukar membuang kulup itu dengan betul.

Jika sebahagian kulit kulup saja dibuang, kulit yang melekat kepada bahagian penghujung zakar menyekat kepala zakar daripada terdedah dan penghujung zakar kelihatan macam tiada ‘kepala’.

Jika ereksi berlaku, kepala zakar tertarik ke dalam dan membuatkannya menguncup, sedangkan ia sepatutnya terdedah dan mengembang.

Jarang berlaku parutan antara kulit zakar kepada penghujung zakar dan ini juga menghalang penghujung zakar daripada terdedah atau mengembang.

Sudah tentu kedua-dua keadaan ini mengakibatkan zakar kelihatan cacat atau hodoh. Kedua-dua masalah ini boleh diatasi melalui pembedahan pemulihan.

Anda mungkin mengalami masalah yang saya jelaskan tadi. Bagaimanapun, mustahak untuk anda berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan jika didapati boleh dipulihkan, anda boleh teruskan rawatan tanpa was-was.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker