» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Tanya Pakar » Doktor Sakit Tuan

Doktor Sakit Tuan DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

Ibarat lari 100 meter


SOALAN

BENARKAH setiap kali mengadakan hubungan seks, kita kehilangan 500 kalori, iaitu sama seperti berjoging? Diharap doktor dapat memberi penjelasan.


ASMADI ABU
Jinjang, Kuala Lumpur


JAWAPAN


Hubungan keintiman seksual boleh diibaratkan satu senaman menyeluruh, yang mana semua otot badan dalam keadaan aktif serta perubahan yang berlaku kepada metabolisma badan yang meningkat ketika hubungan seksual lancar selain peningkatan tekanan darah dan degupan jantung ke tahap cemerlang.

Ia juga meningkatkan pernafasan dan aktiviti otot pernafasan yang cergas serta pengeluaran hormon Oxytocin dan Beta-Endorfin yang menyegar dan merangsang syahwat.

Jadi tidak salah jika aktiviti itu dikatakan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, seakan-akan menggunakan tenaga untuk ‘lari pecut 100 meter’ yang mana 200-500 kalori digunakan.

Tidak salah juga jika dikatakan aktiviti hubungan seksual amat menyegarkan badan dan kesihatan jika kerap dilakukan.

Malah, kajian yang pernah dijalankan di Australia menunjukkan hubungan seksual mengurangkan kemungkinan mati cepat (sudden death), meningkatkan silaturahim antara pasangan dan meningkatkan jangka hayat pasangan jika tahap kesihatan mereka mengizinkan.

Jadi kepada pasangan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, tidak bersenam, obes dan kerap mengalami tekanan, hubungan seksual menjadi bebanan dan mereka akan mencari alasan untuk tidak melakukannya.

Jadi untuk yang merasa letih dan lesu selepas bersama, pastikan anda amalkan gaya hidup sihat, lakukan senaman berkala dan jaga berat badan. Insya-Allah, hubungan keintiman seksual anda akan berkekalan sepanjang hayat.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker