DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :
Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my
|
Sakit tulang belakang
SOALAN
SAYA pesakit tulang belakang dan MRI menunjukkan masalah di L4 dan L5 juga di C akibat kemalangan. Saya sering kebas kaki dan sukar berjalan serta masih dalam rawatan doktor pakar kerajaan secara fisioterapi dan ubatan lain.
Saya juga mengalami endeometresis kesakitan sebelum, ketiak dan selepas haid incotinence dan kadangkala sukar kawal buang air besar.
Apakah kesakitan saraf tulang belakang memberi kesan kepada hubungan suami isteri dan ada kaitan dengan masalah kekeringan di faraj serta berasa sangat sakit seperti hendak tertanggal tungking saya?
IBU RISAU Shah Alam, Selangor
JAWAPAN
Penyakit belakang yang anda alami sudah lama dan kronik. Kemungkinan besar ia tidak akan berubah jika rawatan yang anda jalani kini tidak memberi kebaikan.
Rawatan yang anda jalani langsung tidak memberi kesan positif kepada otot belakang dan kaki dan fungsi sistem kawalan najis anda pun tidak tenteram, tidak dapat kawal najis.
Jika anda perlu menjalani rawatan yang boleh memberi kebaikan kepada keadaan anda sekarang, elok anda tumpukan perhatian anda kepada itu. Cuba dapatkan bantuan Yayasan Kebajikan Negara atau melalui media jika terpaksa.
Dalam keadaan urat saraf anda tertekan, memang sangat mencabar untuk anda lakukan hubungan seksual. Lebih lagi dalam keadaan tidak selesa dan sakit. Tindak balas seksual mungkin lembab dan dalam keadaan sakit bagaimana hendak terangsang?
Tanpa rangsangan, tindak balas keghairahan tidak berlaku. Anggota kelamin anda dalam keadaan biasa, tidak mengembang kerana kurang kemasukan darah yang biasa berlaku apabila perempuan terangsang.
|
|