DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :
Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my
|
Sakit selepas hubungan kelamin
SOALAN
ISTERI saya terasa sakit setiap kali kami melakukan hubungan seks. Ada kalanya kami gunakan bahan pelicin, tetapi dia mahu lakukan dengan cara biasa. Saya ingin tahu cara melakukan seks yang betul dan merangsang isteri supaya dapat menghasilkan kelembapan pada kemaluannya.
HAMDI Seberang Prai
JAWAPAN
Bagi melakukan hubungan kelamin yang lebih memberangsangkan, kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakannya.
Wanita perlu pandu suami ke bahagian tubuh yang merangsangnya dan dengan sentuhan intim yang dilakukan suami, sudah tentu wanita itu sampai ke peringkat ghairah dan berhajatkan hubungan intim seksual.
Dalam keadaan wanita bersedia dengan kelembapan di pintu pembukaan faraj, penembusan ereksi boleh dilakukan padanya.
Dia perlu memposisikan tubuhnya untuk memudahkan suami melakukan penetrasi dan menyalurkan ereksi ke arah faraj dan memasukkannya sambil melegakan pembukaan faraj (dengan melegakan otot kemutan seperti macam hendak kencing atau buang air besar).
Perjalanan ereksi menjadi lebih selesa untuk kedua-dua pihak. Mereka boleh menggunakan bahan pelicin yang disapukan di bahagian luar pembukaan faraj atau menggunakan air liur.
Apabila kelembapan meningkat dalam faraj, perjalanan menjadi lebih selesa dan mudah untuk mereka menikmati kemuncak.
Pasangan kelamin perlu ingat, hubungan keintiman seksual adalah nikmat pemberian Tuhan dan mereka berhak mengecapi nikmat itu dalam konteks perkahwinan saja.
Hubungan seks luar perkahwinan adalah haram.
Apabila klimaks berlaku dan ereksi yang kendur dikeluarkan, untuk mengelak air mani banyak keluar dari faraj, isteri anda perlu pastikan tidak mengemut faraj kerana angin dalam faraj keluar dan menolak air mani keluar.
Untuk tujuan mendapat anak, isteri perlu pastikan dia tidak kemut selepas selesai bersetubuh dan mengekalkan posisi dan tidak bangun, malah terus tidur atau jika hendak ke tandas boleh lakukannya selepas setengah jam.
Ketika itu sperma yang aktif sudah masuk ke dalam salur reproduktif.
|
|