DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :
Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my
|
Kesan bersalin
KESEJAHTERAAN fizikal, mental dan sosial perlu untuk kesempurnaan hubungan seksual. Hubungan mesra antara pasangan dapat mengeratkan silaturahim dan mencetuskan perasaan keinginan untuk berintim secara seksual.
Wanita yang satu ketika dulu tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual dan selepas bersalin rasa sukar melakukannya mungkin mengalami tekanan yang menyebabkannya berkeadaan demikian.
Tahu sajalah, selepas bersalin, isteri perlu lalui pelbagai tanggungjawab baru dan mencabar. Jadi mereka mudah letih, lebih-lebih lagi jika anak meragam.
Mungkin jika suami sekali sekala membantu meringankan tugas penjagaan anak, ia dapat membuka hati isteri untuk memberi masa kualiti untuk bermesra dan berintim dengan suami!
Sebilangan wanita yang bersalin anak sulung terpaksa menjalani proses kelahiran yang mencabar seperti faraj perlu dipotong (pembedahan episiotomi) untuk memberi ruang luas ketika kelahiran anak dan selepas itu bahagian yang dipotong kerap terasa sakit.
Ada juga wanita mengalami kecederaan kepada anggota kelamin ketika melahirkan anak dan bahagian yang luka menjadi parut yang menyakitkan.
Jadi dalam keadaan sedemikian, apabila hubungan kelamin dilakukan dan mengganggu parutan atau tempat yang terluka dulu, sudah tentu ia memberi kesakitan atau ketidakselesaan, sekali gus menghilangkan mood untuk bersetubuh.
Masalah ini dikenali sebagai ‘dispareunia’ atau sakit ketika hendak bersetubuh. Jika perkara ini berlaku, mustahak untuk wanita dan pasangannya berjumpa doktor untuk menjalani bimbingan dan pemeriksaan sewajar.
Perasaan tidak ghairah yang dialami wanita ketika bercumbu untuk memulakan hubungan seksual tidak akan mencetuskan rangsangan seksual dan secara langsung jalanan darah tidak lancar ke anggota sulit dan kemaluan tidak mengembang serta menggebu.
Corong faraj juga akan menjadi sempit dan tiada lelehan cecair pelicin, di mana situasi ini dikenali sebagai ‘mati putik’ (mati pucuk istilah yang digunakan kepada lelaki yang mengalami masalah sama).
Jadi, jika hubungan penetratif dipaksa, ia akan terasa sakit dan ini akan menekankan lagi hubungan silaturahim seksual kemudian hari.
Cepat klimaks untuk lelaki berlaku apabila daya kawalan sensitiviti zakar kurang mantap. Pelbagai cara boleh diusahakan seperti mengawal setiap pergerakan ereksi dalam faraj (dengan meningkatkan daya kemutan supaya ereksi tegap dan dalam kawalan otot kemut serta pergerakan ereksi dengan daya kemut) serta ereksi dalam faraj dan tidak melakukan tusukan.
Jika tidak berkesan juga, itu bermakna masalah anda perlu dirujuk kepada pakar.
|
|