» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Tanya Pakar » Doktor Sakit Tuan

Doktor Sakit Tuan DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

Sukar bersama isteri menopaus


SAYA berumur 58 tahun. Isteri pula berumur 53 tahun dan sudah menopaus. Sesekali dalam setahun rasa ingin mengadakan hubungan kelamin, tetapi kemaluan isteri saya kering. Apabila melakukan hubungan tidak dapat memasukkan disebabkan sakit dan ketat.

Adakah apa-apa ubat atau (krim pelincir) yang membolehkan alat kelamin isteri saya menjadi basah, boleh dimasukki dan tidak kesakitan? Apakah nama bahan itu dan di mana boleh diperoleh?




SUAMI VETERAN
Kodiang, Kedah





Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.

Terdapat beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.

Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.

Apabila wanita itu putus haid dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.

Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu losyen pelembap (Johnson atau Boots Baby Lotion, Skin Repair Cream daripada Roskens) atau perapi anggota sulit perempuan krim O'MUST, kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil. Atau, menggunakan jeli (seperti jeli K-Y atau Top Gel) untuk melegakan pembukaan faraj supaya pembukaan faraj tidak sempit.

Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia supaya mudah untuk suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.

Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna. Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal untuk mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut, sia-sia saja.

Rawatan moden saperti ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis atau levitra dapat membantu meningkatkan kemasukan darah ke dalam otot zakar dan memantap dan memadatkan ereksi supaya mudah untuk menyalurkan ereksi kedalam faraj.

Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker