» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Tanya Pakar » Doktor Sakit Tuan

Doktor Sakit Tuan DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

Intim usia emas


SEORANG lelaki berusia 73 tahun mengadu masalah berikut: “Alat sulit saya tidak berfungsi lagi. Saya menghidap beberapa penyakit, batuk, asma, rosak paru-paru dan prostat. Adakah zakar saya tidak hidup disebabkan penyakit ini atau kerana usia yang lanjut?

“Nafsu saya juga kuat dan suka melihat wanita. Adakah semua warga tua berperasaan begini? Lebih pelik saya sangat suka mencium isteri walaupun mukanya sudah berkedut malahan saya sangat ghairah untuk melakukan hubungan intim keterlaluan yang tidak wajar bagi warga tua.


“Isteri saya pula tidak dapat menerima kehendak saya kerana terlampau geli, pantang dicium di mana-mana saja anggota badannya, dia akan mengelak lebih-lebih lagi anggota yang boleh merangsangkan. Untuk pengetahuan doktor, kami suami isteri sangat takut pada dosa. Harap doktor dapat beri nasihat dan pandangan.”

Manusia mempunyai seruan batin dan perasaan syahwat. Tanpanya sukar untuk mereka berpasangan dan menghasilkan zuriat.

Jadi, hubungan keintiman seksual mustahak bukan saja untuk mendapat zuriat yang mana kemampuan ini terhad, tetapi hubungan seksual lebih kepada mengeratkan hubungan silaturahim dan mendekatkan pasangan, sambil memberi keseronokan dan kenikmatan batin.

Tidak ada sebab kenapa pasangan yang berumur tidak boleh melakukan hubungan keintiman seksual. Hubungan keintiman seksual tidak bermakna hubungan penetratif (memasukkan ereksi ke dalam anggota sulit perempuan).

Hubungan tanpa penetrasi ereksi juga satu hubungan seksual, seperti sentuhan, pelukan, kucupan, sentalan, geselan dan urutan erotik yang memberangsangkan. Hubungan seksual perlu dilakukan tanpa tekanan kepada mana mana pihak dan mengikut kemampuan pasangan.

Malah, satu kajian pernah dilakukan untuk mengetahui sama ada hubungan seksual itu mustahak untuk mereka yang sudah berusia. Didapati 80 peratus daripada warga tua memberi jawapan mengakui yang hubungan seksual mustahak dalam umur lanjut dan mereka setuju ia dapat meningkatkan hubungan kemesraan antara pasangan.

Mereka juga berpendapat tidak banyak kemudahan untuk mereka mendapat bimbingan dan rawatan mengenai masalah seksual jika diperlukan. Jadi, kajian tadi jelas menunjukkan hubungan seksual mustahak dan tiada had atau batasan umur. Jika pasangan memerlukan bimbingan mereka perlu mendapatnya tanpa halangan.

Contohnya, wanita berumur yang mempunyai pembukaan faraj semakin sempit dan mengganggu kesihatannya. Ketika suami hendak bersetubuh dengannya (dalam umur yang sedemikian kemungkinan keinginan amat jarang), isteri perlu diberitahu supaya menggunakan bahan pelicin dan pelembap setiap hari untuk melegakan pembukaan bagi membolehkan faraj dalam keadaan bersedia.

Sentuhan menggelikan jika individu yang disentuh itu memang tidak terbuka untuk mendapat sentuhan itu. Jika minda tidak mahu, badan sukar untuk menerimanya.

Mustahak untuk suami dan isteri yang berumur memberi kerjasama antara satu sama lain untuk menikmati keseronokan sentuhan yang juga dapat memberi rangsangan pada anggota sulit masing-masing. Anggota sulit lelaki yang berumur boleh terangsang walaupun tidak berada dalam keadaan erek dan boleh mencapai klimaks.

Sama juga dengan perempuan berumur, sentuhan kepada anggota sulit dan puting dapat memberi rangsangan dan nikmat syahwat.

Jadi lakukan mana yang mampu dan dapat memberi keseronokan kepada diri masing-masing. Lagipun hubungan suami dan isteri memang harus dari segi agama dan hubungan kelamin itu ibadah!

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker