» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Tanya Pakar » Doktor Sakit Tuan

Doktor Sakit Tuan DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

Tahi palat di takuk zakar


ADAKAH tahi palat masih boleh ada di sekeliling takuk zakar walaupun sudah berkhatan? Saya perasan tahi palat warna putih kental mengelilingi takuk zakar saya dan apabila dikutil, ia keluar dan berbau hancing seperti tahi palat ketika saya kecil dan belum berkhatan. Mohon kepastian.


INGIN TAHU
Ho Chi Minh, Vietnam





Tahi palat atau smegma sebenarnya bukan ‘tahi’ atau kekotoran yang mengelilingi penghujung zakar. Ia hasil pengeluaran cecair daripada pundi kulit kulup atau penutup penghujung zakar yang tertinggal selepas berkhatan. Ia campuran cecair dari pepundi para urethral yang ada berdekatan frenum atau cantuman kulit di bawah kepala zakar.

Ia bersih dan tidak mengandungi apa-apa kuman atau kulat. Bau yang timbul ialah bau tengik akibat perubahan berlaku padanya apabila bercampur air kencing dan terdedah.

Biasanya lelaki berkhatan jarang menghasilkan tahi palat kerana bahagian kulit kulup yang menghasilkannya dipotong.

Kadangkala pundi para urethral yang juga menghasilkan tahi palat itu tidak dipotong habis, jadi sedikit tahi palat terjadi di celah kulit takuk di bahagian bawah kepala zakar. Jika dipicit, bahagian itu terkeluar tahi palat yang kering.

Tahi palat sebenarnya lapisan pelindung yang membuatkan bahagian kulit zakar yang ditutup kalis air dan mengelak kedua-dua kulit ini melekat.

Jadi lelaki yang tidak berkhatan mendapati kulit dalaman kulup zakar mudah terlucut apabila ereksi berlaku atau apabila dia melurutkan penghujung zakar keluar dari kulup.

Memandangkan tahi palat berbau, gambaran dalam minda menerima bahan ini sebagai kotoran. Bahan ini memberi bau pada anggota sulit lelaki dan ia juga mengandungi feromon atau bau yang merangsang syahwat pasangan apabila dalam keadaan ghairah.

Tahi palat lelaki tidak menyebabkan jangkitan kepada perempuan dan bukan penyebab kanser pangkal rahim yang pernah diuar-uarkan dulu.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker